Radzi Turun Padang ‘siasat’ Dakwaan Pemeriksaan Haid Fizikal Di Sekolah Di Setapak

Radzi Turun Padang ‘siasat’ Dakwaan Pemeriksaan Haid Fizikal Di Sekolah Di Setapak

Susulan dakwaan terdapat pemeriksaan haid secara fizikal di sebuah sekolah di Setapak, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin sendiri hadir untuk melakukan siasatan berhubung perkara tersebut.

Dalam perkongsian terbaharu di Facebooknya pada malam Selasa, beliau berkata, Kementerian sentiasa memandang serius dakwaan seperti itu, dan akan memastikan ia tidak terus berlaku sekiranya perkara itu benar-benar terjadi.

Radzi berkata, kehadiran beliau di sekolah itu adalah untuk mendengar maklum balas pelajar-pelajar perempuan, serta mendapatkan penjelasan dari pihak pengurusan sekolah.

“Sejurus tiba dari Kuching di KLIA, saya terus ke sebuah sekolah di Setapak, Kuala Lumpur bagi mendapatkan maklumat berhubung dakwaan berlaku amalan pemeriksaan haid secara fizikal dalam kalangan murid perempuan.

“Saya memandang serius dakwaan berhubung perkara tersebut. Sekiranya ada amalan sebegini di mana-mana institusi KPM, kami komited untuk memastikan ianya tidak terus berlaku,” katanya lagi.

Radzi berkata, KPM sentiasa komited untuk menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa di sekolah serta di asrama, bagi mewujudkan keadaan yang sejahtera untuk semua.

Semalam, Penganalisis Kanan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia, Tashny Sukumaran berkata, beliau mendapat maklumat bahawa sekitar 30 pelajar perempuan di Kolej Vokasional ERT, Setapak telah dipaksa melalui pemeriksaan haid secara fizikal.

Menurut maklumat tersebut, Tashny berkata, kejadian itu berlaku pada 18 Oktober, sekitar 7 malam, di mana pelajar perempuan yang rata-rata berumur antara 18 hingga 19 tahun, telah diberikan putik kapas bagi ‘membuktikan’ mereka sedang mengalami haid.

“Menurut pelajar itu, pemeriksaan haid telah terhenti sejak sekian lama, ekoran wujud tekanan awal tahun ini, tetapi ia bermula semula apabila hanya seorang pelajar perempuan bersolat sendirian di surau, sedangkan yang lain berada di dalam hostel.

“Mereka (pengurusan kolej) tiba-tiba mengarahkan kami berkumpul, dan memberi kami putik kapas untuk melihat darah haid,” kata Tashny memetik perkongsian sumber itu lagi.

Selain itu, Tashny berkata, apabila kumpulan pelajar perempuan tersebut menolak kerana tidak selesa, mereka dipaksa untuk mengerjakan Solat, yang padanya tidak masuk akal, memandangkan hukum Solat adalah tidak sah jika didatangi haid.-Awani

Radzi Turun Padang ‘siasat’ Dakwaan Pemeriksaan Haid Fizikal Di Sekolah Di Setapak

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Mohammed bin Salman didakwa bunuh Raja Abdullah

Timbalan Menteri tersipu malu bila ditanya hendak bernikah ke?

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker