Tujuh termasuk tiga GRO warga asing ditahan anjur parti liar

Tujuh termasuk tiga GRO warga asing ditahan anjur parti liar

Seakan mencabar kewibawaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila sekumpulan individu berani menganjur parti liar berdekatan dengan premis Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi.

Rentetan itu, empat lelaki tempatan dan tiga GRO warga China diberkas dalam serbuan di sebuah residen dekat Jalan Munshi Abdullah di ibu kota.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata serbuan jam 10 malam itu dilakukan hasil aduan awam dan risikan.

Ketika serbuan, mereka yang berusia 26 hingga 33 tahun itu didapati sedang khayal dengan minuman keras dan dihiburkan GRO berpakaian seksi.

Kondominium mewah tiga bilik itu disewa dengan harga RM700 semalam dan polis percaya wujud kegiatan pelacuran dalam parti liar berkenaan.

Empat lelaki tempatan itu dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang dan siasatan dijalankan mengikut Peraturan 17 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Warga asing terlibat pula disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana menjalankan kegiatan pelacuran.

Kesemua yang ditahan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk tindakan lanjut.-Awani

Tujuh termasuk tiga GRO warga asing ditahan anjur parti liar


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Hubungan luar tabii dengan kambing, warga emas direman

Suri rumah tertipu beli kucing Munchkin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker