Hubungan luar tabii dengan kambing, warga emas direman

Hubungan luar tabii dengan kambing, warga emas direman

Warga emas direman 7 hari lakukan hubungan luar tabii dengan kambing

Seorang suspek warga emas direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan polis kerana dipercayai mengadakan persetubuhan luar tabii dengan kambing betina sehingga menyebabkan haiwan itu mati.

Suspek yang berbaju kemeja hijau dan berseluar coklat telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu dari Balai Polis Sentosa pada jam 9.20 pagi.

Penolong Pendaftar Mohamad Azrul Muhd Sobri membenarkan suspek direman bermula hari ini hingga 4 Ogos ini untuk membantu polis melengkapkan siasatan kes.

Penyiasatan kes dikendalikan Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Azman Abdul Karim.

Suspek kemudian dibawa keluar meninggalkan mahkamah pada jam 11 pagi tadi.

Penahanan reman dilakukan di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Dalam pada itu, Ketua Polis Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, polis akan melengkap kertas siasatan ke atas suspek dalam tempoh reman yang dibenarkan mahkamah ke atas suspek.

“Kita akan melengkapkan kertas siasatannya dan merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan tindakan lanjut,” katanya secara ringkas ketika dihubungi pagi tadi.

Semalam, MalaysiaGazette melaporkan lelaki berusia 60 tahun itu ditahan polis atas kesalahan bersetubuh luar tabii dengan seekor kambing betina peliharaan orang lain dalam kejadian di Kampung Sungai Buaya, Serendah, Hulu Selangor.

Kejadian sekitar jam 1.30 petang Selasa lalu disedari pemilik kambing berkenaan yang terdengar bunyi pelik di kandang belakang rumah.

Wanita berusia 45 tahun yang keluar untuk memeriksa keadaan haiwan peliharaannya itu terkejut apabila melihat seorang lelaki kenalannya bangun di sebelah kambingnya dalam keadaan separuh bogel sebelum melarikan diri.

“Pemeriksaan lanjut keadaan kambing sebelum mendapati haiwan peliharaannya itu sudah mati,” katanya dalam kenyataan semalam.

Tambah beliau, polis menerima laporan dari wanita itu di Balai Polis Serendah, kira-kira jam 6.24 petang pada hari kejadian.

Arsad Kamaruddin berkata, bertindak atas laporan pemilik haiwan itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Hulu Selangor berjaya mengesan dan menahan suspek di kawasan semak di Jalan Tengah, Kampung Sungai Buaya Serendah, kira-kira jam 10.50 pagi tadi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 377 dan Seksyen 289 Kanun Keseksaan kerana Persetubuhan luar tabii terhadap haiwan dan kecuaian berkenaan dengan haiwan. MG

Hubungan luar tabii dengan kambing, warga emas direman


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Soalan mudah pun tunggu Isnin nak jawab

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker