Masalah Covid-19: Anda rasa saya ada masa nak sakit kepala?

Masalah Covid-19: Anda rasa saya ada masa nak sakit kepala?

SETIAP hari data pemberian vaksin kepada penduduk di Malaysia akan sentiasa dikemas kini oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) secara konsisten dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) pula sentiasa dipenuhi orang ramai bagi mendapatkan dos suntikan.

Namun, kisah-kisah petugas terutama sukarelawan yang bertugas di PPV jarang sekali kita dengar. Merak Jalanan perhati sahaja gelagat mereka. Luar biasa semangat mereka.

Paling seronok apabila selesai urusan suntikan sebelum keluar, mereka masih menyapa sambil mengucapkan: “Tahniah cik, kini sudah divaksin. Jaga diri ya.”

Itu kisah dari sudut pandangan kita. Merak Jalanan teringat seorang sahabat yang bertugas di salah sebuah PPV di Selangor. Merak Jalanan ada menghubungi beliau baru-baru ini sambil bercerita keterujaan selepas selesai mendapat dua dos suntikan vaksin.

Sahabat Merak Jalanan terus meluahkan rasa dan lelahnya ketika bertugas di PPV.

Katanya, tugas sebagai sukarelawan amatlah meletihkan, tambahan pula apabila ada hari yang ramai sukarelawan tidak dapat datang bertugas.

Namun, katanya, perkara itu tidak akan menjadi masalah sekiranya mereka yang datang untuk mendapat suntikan hadir awal dan mengikut waktu janji temu yang telah ditetapkan.

Apa yang berlaku adalah apabila ada segelintir yang tidak mengendahkan waktu janji temu. Ada yang sepatutnya hadir jam 9 pagi tetapi datang pada jam 3 petang dan memberikan alasan terlupa ataupun tidak perasan.

Menurut sahabat Merak Jalanan lagi, ada juga yang datang sedangkan tarikh janji temu empat hari lepas.

Apabila Merak Jalanan tanya kepadanya daripada mana datang kesabaran tersebut, beliau jawab ringkas: “Anda rasa saya ada masa nak sakit kepala?”

Masalah Covid-19: Anda rasa saya ada masa nak sakit kepala?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Laungan ‘derhaka’, ‘letak jawatan’ ketika Anwar baca kenyataan Agong

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker