Kerajaan PN sewenang-wenang ingkar titah Agong

Kerajaan PN sewenang-wenang ingkar titah Agong

Kerajaan Perikatan Nasional dilihat telah sewenang-wenangnya ingkar terhadap titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong untuk membahaskan isu Ordinan Darurat di Parlimen.

Menurut Pakar Perlembagaan, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berpandangan, sebagai ketua negara, Seri Paduka Baginda mempunyai hak untuk berkecil hati dan berdukacita terhadap tindakan pihak kerajaan dalam hal tersebut.

“Baginda adalah Ketua Negara, Ketua Kerajaan, Ketua Hakim, Ketua Parlimen dan sudah pasti peranan Baginda sangat besar terhadap setiap keputusan yang dibuat.

“Menerusi kenyataan tersebut, jelas Baginda menzahirkan rasa amat dukacita terhadap sikap kerajaan yang tergesa-gesa menerusi kenyataan yang dibuat pada 26 Julai lalu di Parlimen bahawa semua Ordinan Darurat dibatalkan setelah dimasyhurkan Baginda sepanjang tempoh darurat sedangkan ia tidak dibahaskan,” katanya kepada Malaysia Gazette.

Beliau berkata, kerajaan juga mungkin telah salah tafsir dengan apa yang telah dititahkan Baginda menerusi menyuarat pada 24 Julai lalu secara maya.

“Namun, dalam kenyataan itu juga secara tersuratnya tidak dinyatakan apakah keputusan pembatalan itu perlu dihentikan atau sebaliknya.

“Tetapi, jika kita baca secara tersirat daripada apa yang dititahkan Baginda, perkara itu perlulah dibahaskan.

“Lagi pula, Perkara 150 (2B) dan Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan secara jelas memperuntukkan kuasa penggubalan dan pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat terletak di bawah kuasa Seri Paduka Baginda,” jelasnya.

Ketika ditanya, apakah kerajaan mengambil pendekatan menerusi Perkara 40 (1) di mana Seri Paduka Baginda mengikut nasihat jemaah menteri, Nik Kamal berkata perkara itu juga di atas budi bicara Baginda.

“Baginda ada hak sama ada perlu ikut atau tidak perkara 40(1) ini dan Baginda sudah tunjukkan paada tahun lalu di mana Baginda tidak bersetuju darurat diadakan.

“Ada perkara yang dirasakan perlu ikut, ada yang tidak kerana itu kenyataan media ini diberikan hari ini,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, ketika ditanya, apakah tindakan kerajaan itu secara jelas derhaka terhadap titah Baginda, Nik Kamal berkata terma tersebut tidak tepat.

“Dalam negara demokrasi kita tidak menyebutnya sebagai derhaka kerana konotasi tersebut begitu mendalam.

“Cukup sekadar kita menyebutkan dukacita atau terlalu kecewa, dan perkara ini masih dapat diperbetulkan,” katanya.

Tambahnya, usul ini perlu dibahas di Parlimen dan tidak wujud soal tidak cukup masa dan sebagainya.

“Perdana Menteri mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan sama ada sidang Parlimen perlu dipanjangkan atau tidak.

“Berdasarkan titah ini, eloklah ia dibahaskan sementelah proklamasi darurat juga akan tamat pada 1 Ogos depan,” katanya.

Terdahulu, menerusi kenyataan media, Istana Negara menzahirkan rasa dukacita Seri Paduka Baginda terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Peguam Negara, Tan Sri Idris Harun semasa majlis mengadap secara maya pada 24 Julai lalu bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan tidak dilaksanakan.

Seri Paduka Baginda juga menegaskan kenyataan Takiyuddin itu adalah tidak tepat dan mengelirukan Ahli-Ahli Dewan Rakyat.

Selain itu, permohonan pembatalan Ordinan yang berkuat kuasa 21 Julai adalah tindakan yang tergesa-gesa di mana ia tidak dibahaskan seterusnya telah mengelirukan Parlimen sekali gus gagal menghormati prinsip kedaulatan undang-undang yang terkandung di dalam Rukun Negara.

Tidak hanya itu, ia juga telah membelakangi fungsi dan kuasa Seri Paduka Baginda selaku Ketua Utama Negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menerusi sesi perbahasan pagi ini, perkara ini telah dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Tamn Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan kerana telah mengelirukan Ahli Parlimen dan rakyat secara keseluruhannya.

Susulan itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon menangguhkan sesi selama 15 minit untuk perbincangan bersama Speaker Dewan, Datuk Azhar Azizan Harun. MG

Kerajaan PN sewenang-wenang ingkar titah Agong


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Soalan mudah pun tunggu Isnin nak jawab

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker