Saya sedia dibicara – Syed Iqmal

Saya sedia dibicara – Syed Iqmal

“Saya sudah sedia untuk dibicarakan meskipun mengambil masa yang panjang.”

Demikian respon pendakwah selebriti, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 26, berhubung perbicaraan pertuduhan cabul dan persetubuhan luar tabii membabitkan dirinya yang akan berlangsung pada tahun depan.



Menurutnya, sejak didakwa dan melalui proses sebutan sejak setahun lalu, dia melalui pelbagai pengalaman antaranya berasa takut dan berdebar.

“Walau apa pun kita perlu menghadapi proses mahkamah dengan baik dan saya mahu selesaikan perbicaraan ini dengan cepat. Insha-Allah,” ujarnya ketika ditemui selepas prosiding kes di Mahkamah Seksyen di sini.

Terdahulu, Hakim Jamaludin Mat menetapkan April dan Mei 2022 bagi tarikh perbicaraan untuk dua pertuduhan yang dihadapi tertuduh.

Tarikh-tarikh perbicaraan itu ialah 18, 20, 21 dan 22 April yang kemudian bersambung pada 25, 26,27,28 dan 29 April.



Bagi bulan Mei hanya sehari perbicaraan berlangsung iaitu pada 17 haribulan.

Mahkamah menetapkan tarikh-tarikh itu selepas pendakwaan yang diwakili, Timbalan Pendakwa Raya Zamriah Zarifah Aris dan peguam Syed Amirul Syed Edros yang mewakili Syed Iqmal bersetuju dengan tarikh-tarikh berkenaan.

Semasa prosiding, pihak pendakwaan juga memaklumkan kepada mahkamah bahawa terdapat tujuh saksi pendakwaan akan dipanggil memberi keterangan termasuk pengadu dalam kes ini. K Online

Saya sedia dibicara – Syed Iqmal




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi baharu lebih sporty

Kilang roti penuh najis tikus dan lipas



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker