Pemimpin UMNO mahu Kerajaan campur tangan Isu nyahwarta hutan Langat

Pemimpin UMNO mahu Kerajaan campur tangan Isu nyahwarta hutan Langat.  Kerajaan Persekutuan wajar campur tangan dalam isu penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) dan memaksa kerajaan Selangor menyerahkan kawasan hutan itu sekiranya tiada arahan pewartaan semula, kata pemimpin Umno.

Dalam siri ciapan di Twitter, Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan, berkata Putrajaya boleh memaksa kerajaan Selangor menyerahkan kawasan perhutanan itu mengikut Perkara 83 Perlembagaan Persekutuan.

“Ini tindakan terakhir yang agresif,” katanya.

Menurutnya, sekiranya Menteri Besar Amirudin Shari dan barisan Exconya enggan mendengar permintaan ahli dewan undangan negeri serta rakyat, kerajaan persekutuan patut mempertimbang mengambil alih kawasan terbabit demi kepentingan negara.

“Ya, ia akan membabitkan kerajaan persekutuan membayar kos pampasan kepada kerajaan negeri, namun tindakan itu membuktikan hasrat yang nyata.

“Ia perlu dilihat sebagai pelaburan kepada warisan dan masa depan, walaupun secara paksaan. Jika kerajaan negeri berkehendakkan wang, ambil dan jangan ganggu hutan simpan,” katanya.

Semalam, Exco Alam Sekitar, Hee Loy Sian, menyatakan kerajaan Selangor bersetuju menyahwartakan 536.7 hektar Hutan Simpan Kuala Langat Utara untuk dibangunkan.

Katanya, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Exco pada 5 Mei lalu berdasarkan Seksyen 12 Akta Perhutanan Negara 1984.

Hutan Simpan Kuala Langat Utara yang diwartakan pada 13 Mei 1927, terletak di mukim Tanjung 12, daerah Kuala Langat mula menjadi perhatian umum susulan notis penyiasatan awam mengikut Seksyen 11 Akta Perhutanan Negara Enakmen (Pemakaian) 1985 (Subkaedah 7(2)) oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor pada awal tahun lalu.

Dalam pada itu, Presiden PKR Anwar Ibrahim meminta Amirudin memberi penjelasan terperinci berhubung tindakan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU).

Anwar yang juga ketua pembangkang, berkata Amirudin perlu melakukan demikian dalam pertemuan bersama pimpinan parti, esok.

Kumpulan penyokong Anwar Ibrahim, Otai Reformis dan Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Alam Sekitar (COEN) juga melahirkan rasa terkejut dan kecewa dengan keputusan kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang telah bersetuju menyahwartakan 536.7 hektar Hutan Simpan Kuala Langat Utara, untuk dibangunkan.

Pemimpin UMNO mahu Kerajaan campur tangan Isu nyahwarta hutan Langat


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bila Lembah Klang boleh merdeka daripada gangguan bekalan air?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker