Nurul Izzah dijangkiti COVID-19

Nurul Izzah dijangkiti COVID-19

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengesahkan dijangkiti COVID-19 dan tidak menghadiri Majlis Kesyukuran dan Meraikan Jentera P044 Permatang Pauh pada malam ini.

Beliau berkongsi perkara itu di laman sosial Facebook (FB) hari ini dan memohon maaf tidak dapat bersama dalam majlis itu.

“Namun, majlis ini akan tetap berlangsung malam ini seperti yang dirancang.



“Insya-Allah, saya akan bertemu jentera yang membantu saya selama ini pada sesi yang seterusnya,” katanya.

Beliau juga memaklumkan hanya mengalami gejala ringan dan sedang menanti hari untuk selesai kuarantin bersama suami untuk keluar dari wad.

“Mohon doakan. Mudah-mudahan Majlis Kesyukuran malam ini berjalan dengan lancar,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) beliau tumpas kepada Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan apabila memenangi Parlimen Permatang Pauh yang menjadi kubu kuat ayahnya dan keluarga sejak 1982.



Fawwaz yang juga Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Pulau Pinang menang dengan majoriti 5,272. BH

Nurul Izzah dijangkiti COVID-19


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker