Olimpik Tokyo: Chong Wei ‘terasa’ dengan kecaman netizen
Olimpik Tokyo: Chong Wei ‘terasa’ dengan kecaman netizen. Datuk Lee Chong Wei kecewa dengan komen netizen yang mengecam pemain badminton negara apabila mereka tewas di gelanggang.
Bekas jaguh badminton negara itu berkata, sebagai bekas rakan sepasukan, beliau turut ‘terasa’ dengan kecaman tersebut.
“Apa yang saya mahu katakan ialah saya kenal semua pemain ini. Mereka pergi ke gelanggang dengan satu sasaran, satu matlamat.
“Tiada atlet yang mahu kalah, tetapi itulah kenyataan, setiap perlawanan pasti ada satu (pihak) yang kalah, satu (pihak) yang menang,” katanya dalam satu status di laman Instagramnya pada Ahad.
Beliau menegaskan semua rakyat Malaysia sepatutnya memberi sokongan kepada pemain negara.
“Yang layan depan TV pun dah heart attack kecewa, apatah lagi pemain dalam gelanggang? Bukankah sepatutnya kita memberi sokongan kepada mereka?
“Tiada siapa yang mahu ke gelanggang untuk kalah. Pemain ini turut membawa kegembiraan kepada anda sebelum ini. Don’t mock and desert them when they lose a game,” ujarnya.
Pada Ahad, perjuangan beregu campuran Chan Peng Soon-Goh Liu Ying di Olimpik Tokyo terhenti apabila mereka tewas perlawanan kedua peringkat kumpulan kepada beregu Jerman, Mark Lamfuss-Isabel Herttrich.
View this post on Instagram
Olimpik Tokyo: Chong Wei ‘terasa’ dengan kecaman netizen
Baca Artikel Menarik :
- Najib rayu doktor kontrak tidak mogok
- Tukar kepada hamba rakyat
- Kami hanya ambil 3% sumbangan bayar kakitangan – Nadir
- Luahan hati Kunan setelah tidak didapati bersalah dan pendakwaan terpilih Mahathir
- Ebit Liew menjawab fitnah, tiada satu pun tabung dibuka [VIDEO]
- Resepi Mee Rebus Daging Sedap Betul
You must be logged in to post a comment.