Siasatan buku Tommy Thomas selesai

Siasatan buku Tommy Thomas selesai

Laporan akhir pasukan petugas khas siasatan terhadap dakwaan dalam buku ‘My Story: Justice in the Wilderness’ tulisan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas akan dibentangkan kepada jemaah Menteri dalam masa terdekat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ia bagi mendapatkan arahan dan mandat berhubung tindakan susulan yang perlu dilaksanakan.

Menurutnya, pasukan petugas khas itu yang dipengerusikan oleh Penasihat Undang-Undang kerajaan Sarawak, Datuk Seri Fong Joo Chung membentang dan menyerahkan laporan akhir itu kepadanya, hari ini.

“Laporan itu disediakan oleh pasukan petugas khas dalam tempoh sembilan bulan iaitu mulai Disember 2021 hingga Ogos 2022.

“Satu laporan interim sudah dibentangkan kepada Jawatankuasa Pemantauan pada 18 April 2022 dan laporan akhir ini disediakan melalui hasil penelitian dokumen dan sesi konsultasi dengan pihak-pihak berkaitan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Wan Junaidi, sebanyak 19 sesi konsultasi dengan pelbagai pihak berkepentingan yang terdiri daripada agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan individu sepanjang tempoh menyiapkan laporan berkenaan.

“Antara lain, pasukan petugas khas mengenalpasti 19 isu penting daripada buku itu yang memerlukan perhatian lanjut pihak kerajaan,” katanya.

Buku bertajuk ‘My Story: Justice in the Wilderness’ yang diterbitkan Thomas mengundang kemarahan dan rasa tidak puas hati pelbagai pihak kerana disifatkan bertentangan dan melanggar sumpah jawatan.

Selain itu, buku terbabit turut menyentuh mengenai peristiwa 13 Mei 1969 yang didakwa ditulis dengan tidak bertanggungjawab tanpa mengira sensitiviti masyarakat, selain tuduhan yang bertujuan merendahkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein. HM

Siasatan buku Tommy Thomas selesai


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Roti Gardenia naik harga lagi

PN ada kelebihan – Shabery

Warkah Najib dari Penjara Kajang, suasana Dewan Merdeka hiba

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker