Pro Palestin hantar ‘jenazah’, pulang barangan yang dibeli di Zara

Boycott Zara

Pro Palestin hantar ‘jenazah’, pulang barangan yang dibeli di Zara

NATIJAH mempersembahkan kempen terkini yang diberi nama ‘The Jacket’, dengan memaparkan patung hilang anggota tubuh dengan berlatarbelakangkan sisa runtuhan, selain boneka pakaian dibalut dengan kain putih, terus menimpa jenama pakaian Zara.

Kempen tersebut disifatkan menggambarkan kempen genosid di Gaza dan tidak sensitif terhadap nasib malang yang menimpa rakyat Palestin.



Meski sudah menarik balik kempen iklan tersebut dan membuat kenyataan rasmi dengan menyatakan kekesalan mereka namun itu tidak dapat menghentikan golongan pro Palestin.

Butik-butik pakaian yang berasal dari Sepanyol tersebut terus diserbu oleh pro Palestin dengan kebanyakan daripada mereka memulangkan barangan termasuk baju yang sudah dibeli sebagai tanda protes.

Lebih ekstrem, para penunjuk perasaan datang dan menghantar ‘jenazah’ di butik tersebut.

Menerusi potongan video yang disiarkan DailyMail.uk, para pemprotes memasuki butik dengan membawa bendera Palestin, sepanduk dan ‘jenazah kanak-kanak’ yang ditinggalkan di atas kaunter.



Malah ada butik termasuk di Glaslow terpaksa ditutup kerana protes dan boikot yang dijalankan pro Palestin.

Zara diasaskan Amancio Ortega dan Rosalía Mera pada 1975.

Pro Palestin hantar ‘jenazah’, pulang barangan yang dibeli di Zara

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jeslina Hashim bakal kahwin kerabat diraja

Mati pucuk, dapat P-Shot, Zainal dah cuba



Nelydia Senrose berbadminton tanpa tudung

Tok Mat makin gah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker