Ifa Raziah dapat Pfizer juga akhirnya.

Ifa Raziah dapat Pfizer juga akhirnya.

Gara-gara mengalami alahan teruk serta disarankan menerima suntikan vaksin jenis Pfizer, penyanyi dan pengacara sensasi, Ifa Raziah akhirnya berjaya menerima suntikan dos pertama Pfizer di sebuah pusat perubatan swasta di Bangi, Selangor, hari ini.

Ifa berkata, dia bersyukur apabila proses suntikan vaksin berjalan lancar dan berterima kepada pusat perubatan terbabit kerana memberikan layanan yang baik.



“Syukur Alhamdulillah saya sudah mendapat suntikan vaksin Pfizer untuk dos pertama di sebuah hospital di Bangi.

“Terima kasih banyak-banyak di atas layanan yang diberikan. Kesemua kakitangan sangat baik dan prihatin kepada semua pengunjung yang hadir menerima suntikan vaksin,” katanya menerusi satu hantaran video di Instagram sebentar tadi.

Menerusi perkongsian itu, Ifa dilihat tenang menerima suntikan dos pertama Ffizer selain berkongsi proses suntikan yang dilakukan kepada dirinya.

Terdahulu, tindakan Ifa memuat naik video dalam media sosial membatalkan niat mengambil vaksin Sinovac disebabkan kekeliruan dan salah faham yang berlaku di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), baru-baru ini mencetus perdebatan hangat netizen.



Ifa dalam satu kenyataan menjelaskan keputusan untuk dia mendapatkan vaksin jenis Pfizer itu bersebab dan bukannya mengada-ngada serta bersikap degil. Malah, Ifa juga sanggup mengeluarkan duit sendiri untuk mendapatkan vaksin itu demi tahap kesihatannya. HM

Ifa Raziah dapat Pfizer juga akhirnya.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Buat live tayang ‘v’ dalam kereta api

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker