Kiswah baharu Kaabah siap dipasang

Kiswah baharu Kaabah siap dipasang

Makkah: Petugas menukar Kiswah Kaabah yang diperbuat daripada benang hitam dan emas serta dihiasi ayat al-Quran.

Seperti tahun lalu, kain yang melitupi Kaabah itu akan diganti pada 9 Zulhijjah, malam sebelum bermulanya ibadah haji.

Seperti kelazimannya, kain itu ditukar setiap tahun dengan ketika permulaan ibadah haji iaitu ketika jemaah meninggalkan Makkah untuk berwukuf di Arafah.

AFP melaporkan, pada Sabtu, jemaah mula bergerak keluar dari Makkah menuju Mina untuk acara kemuncak ibadah haji pada Ahad.

Ini adalah tahun kedua Arab Saudi mengurangkan bilangan jemaah haji yang boleh menunaikan Rukun Islam kelima itu.

Hanya 60,000 jemaah yang lengkap divaksin terdiri daripada rakyat dan penduduk negara itu dibenarkan menunaikan haji.

Kebiasaannya, Makkah menerima 2.5 juta jemaah haji setiap tahun sebelum pandemik Covid-19. HM

Kiswah baharu Kaabah siap dipasang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Hari Tasyrik dan kelebihannya untuk umat Islam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker