Akhirnya Rais akui sidang khas Parlimen bersifat penerangan

Sebaran :

Akhirnya Rais akui sidang khas Parlimen bersifat penerangan. Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim mengakui Mesyuarat Khas Dewan Negara yang akan berlangsung dari 3 hingga 5 Ogos ini bersifat penerangan.

Beliau berkata, disebabkan itu maka tidak ada usul luar dugaan yang akan dikemukakan sepanjang persidangan nanti.

“Oleh kerana sesi kali ini bersifat sidang khas, tumpuan ialah kepada penerangan dan tidak timbul isu-isu usul yang di luar dugaan. Ingin dinyatakan juga bahawa sesi Mesyuarat Khas Dewan Negara adalah di luar kuat kuasa tempoh darurat.

“Sepanjang Mesyuarat Khas ini juga, Peraturan Mesyuarat biasa akan dikuatkuasakan dalam menjalankan prosedur persidangan. Sebarang persoalan, penjelasan atau hak penerangan yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Negara akan saya beri pertimbangan mengikut kerelevanannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, Mesyuarat Khas Dewan Negara akan menumpukan kepada urusan-urusan yang telah ditetapkan oleh Perdana Menteri.

“Urusan yang telah ditetapkan adalah membentangkan Proklamasi Darurat dan Ordinan-ordinan Darurat yang dibuat di bawah Proklamasi Darurat itu mengikut Perkara 150(3), Perlembagaan Persekutuan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen

“Membentangkan Proklamasi Darurat mengenai Pilihan Raya Parlimen Gerik dan Proklamasi Darurat mengenai Pilihan Raya Negeri Bugaya dan Ordinan-ordinan Darurat yang dibuat di bawah Proklamasi-Proklamasi Darurat itu dan Penerangan daripada Menteri-Menteri di bawah Peraturan Mesyuarat 13(1)(i), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara berhubung Pelan Pemulihan Negara; Program Vaksinasi; Pelaksanaan Darurat dan pakej-pakej bantuan ekonomi,” katanya.

Tambah Rais, bagi memastikan Mesyuarat Khas Dewan Negara ini berlangsung dalam keadaan selamat, segala prosedur operasi standard (SOP) ketat anti Covid-19 yang ditetapkan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan dikuatkuasakan sepanjang masa.

“Sehubungan itu, Setiausaha Dewan Negara akan menyusul dengan mengeluarkan pemberitahu berkenaan Mesyuarat Khas tersebut kepada semua Ahli Dewan Negara,” katanya.

Akhirnya Rais akui sidang khas Parlimen bersifat penerangan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pemberi maklumat bersyukur MB Kedah dikompaun


Sebaran :

Leave a Reply