Wanita curi wang tunai RM33.68 juta milik warga emas
Wanita curi wang tunai RM33.68 juta milik warga emas
BIRMINGHAM: Seorang wanita di Alabama, Lisa Daugherty didakwa mencuri wang tunai AS$8 juta (RM33.68 juta) dan mengambil hartanah bernilai AS$1 juta (RM4.21 juta) daripada seorang warga emas di sebuah pusat jagaan untuk golongan itu baru-baru ini.
Daughherty, 54, ditangkap pada Rabu lalu berhubung dua dakwaan melakukan eksploitasi kewangan ke atas warga emas di tempatnya bekerja iaitu di Oak Landing Assisted Living di Attalla, Albama.
Dia melakukan perbuatan itu dengan mendapatkan kebenaran daripada peguam warga emas berkenaan di pusat jagaan itu.
Dia kemudian mula memindahkan aset-aset mangsa kepada dirinya sendiri pada Januari 2017.
Melalui transaksi wang tunai berjuta-juta dolar itu, dia membeli sebuah rumah, pelbagai lokasi kediaman percutian dan kereta, kata pihak berkuasa.
Wanita itu juga menggunakan wang tunai tersebut untuk perbelanjaan hariannya.
Daugherty juga didakwa menggelapkan wang Sekuriti Keselamatan milik mangsa.
Menurut portal berita CBS 42, dia boleh dihukum sehingga 20 tahun dan denda AS$30,000 (RM126,285) jika sabit kesalahan-SH
Sumber: New York Post
Wanita curi wang tunai RM33.68 juta milik warga emas
Baca Artikel Menarik :
- TH berdepan beberapa risiko jika diletakkan di bawah BNM
- ok Mat kata pelan pemulihan negara perlu segera
- UMNO Kepentingan Pertiwi Diutamakan
- Janna tayang punggung, netizen yang panas
- Muka Selebriti Ini Selepas Buat Pembedahan Plastik…Beza Memang Berbeza
- Resepi asam pedas ekor terangkat
Polis lepas 2 tembakan ke arah kereta dipandu pemandu ‘lalok’