Banglo saya tak sampai RM1 juta pun – Abang Sanusi

Banglo saya tak sampai RM1 juta pun – Abang Sanusi

SIK: Selepas banglonya tular dikaitkan dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor, pemilik kediaman itu bangkit mendedahkan bahawa nilai sebenar rumah berkenaan yang bukannya RM7.8 juta seperti didakwa.

Sebaliknya, Shabudin Md Noor, 57, yang juga abang kepada Muhammad Sanusi memaklumkan rumah di Kampung Batu Lapan, di sini hanya bernilai kira-kira RM1 juta.



Beliau berkata, rumah itu dibina sejak Februari tahun lalu dengan anggaran asal kontraktor lebih RM800,000.

“Saya bina rumah ini dengan hasil titik peluh saya bekerja sebagai penyelam dasar laut di luar negara sejak 27 tahun lalu selepas berhenti berkhidmat sebagai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“Pada 1996 saya ambil kursus sijil menyelam komersial, selepas itu saya aktif dalam bidang ini sehingga sekarang, kerja saya kebanyakan di luar negara,” katanya ketika ditemui di perkarangan rumahnya di sini, hari ini.

Bercerita lanjut, anak kedua daripada 13 beradik ini berkata, dia membuat keputusan membina rumah banglo itu selepas rumah pusaka milik ibu mentuanya sudah uzur.



Katanya, sebelum ini mereka menetap di Sungai Petani dan pulang menetap di rumah pusaka itu selepas bapa mentuanya meninggal dunia beberapa tahun lalu.

“Jadi saya dan isteri ambil keputusan untuk tinggal bersama ibu di kampung ini…ibu mentua saya bagaimanapun sudah meninggal dunia sebelum Ramadan lalu,” katanya yang mengesahkan banglo di belakang rumah mentua itu dijangka dapat diduduki bulan ini.

Sebelum ini tular di media sosial foto banglo di Sik yang dikaitkan dengan Muhammad Sanusi, sebelum ia dinafikan Menteri Besar Kedah itu yang kemudian memaklumkan ia sebenarnya milik abangnya yang bekerja sebagai penyelam dasar laut.

Shabudin dalam pada itu berkata, dia sebenarnya tidak tahu pun kediamannya itu tular kerana tidak memiliki akaun media sosial dan dan hanya dimaklumkan mengenainya oleh rakan dan anak-anak.



“Bagi saya rumah ini tidaklah sebesar mana, ada lagi banglo penduduk Sik lebih besar daripada rumah saya. Mungkin sebab saya abang kepada menteri besar, mereka tularkan, ini semua bermotifkan politik,” katanya.

Shabudin ketika ditanya bagaimanapun enggan berkongsi mengenainya gaji diterimanya sebagai penyelam dasar lauat, namun mengesahkan dibayar menggunakan dolar Amerika Syarikat.

“Saya kumpul duit buat rumah ini sikit-sikit, selama bekerja saya turut bantu adik-adik yang masih bersekolah, tapi kakak sulung paling banyak bantu adik-adik.

“Sebenarnya saya tak kisah dengan yang ditularkan di media sosial, cuma keluarga dan anak-anak kurang selesa…kita ini hanya hidup sementara di dunia, tiada apa yang kekal,” katanya. BH



Banglo saya tak sampai RM1 juta pun – Abang Sanusi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dituduh jual agama dengan pakai tudung ‘on off’, Baby Shima saman PU Syed dan Ketua Pemuda PAS Pahang



Terkejut tengok Ameera Khan di gimnasium (Video)

Harinya akan tiba bila dia pergi, Amy doakan untuk anaknya Alexander



Angkuh dan berlagak samseng, pekerja pasar raya ditahan Polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker