Ini tawaran lengkap kerajaan dalam Belanjawan 2024

 

 

Berikut butiran Belanjawan 2024:



  • RM10 juta untuk bantuan kemanusiaan bagi Palestin.
  • Insentif RM1,000 untuk pesara kerajaan, termasuk veteran tanpa pencen yang akan dibayar pada akhir Februari depan.
  • Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah, termasuk lantikan kontrak.
  • RM1,000 buat semua anggota beruniform.
  • Semakan semula skim gaji dan elaun penjawat awam dijangka dimuktamadkan pada hujung 2024.
  • Had siling gaji dan liputan Skim Ex-Gratia Bencana Kerja dinaikkan daripada RM4,000 kepada RM6,000.
  • RM50 juta bagi rumah ibadat bukan Islam yang berdaftar.
  • RM20 juta geran pertubuhan bagi memperkasa kawasan rukun tetangga bagi penganjuran program kesukarelaan, perpaduan, pencegahan jenayah dan bencana.
  • RM10 juta untuk menyokong aktiviti kebudayaan di Sabah, Sarawak, Perak dan Terengganu.
  • RM50 juta untuk agensi kerajaan mengetengahkan karya seni dan sastera negara.
  • RM12 juta untuk Majlis Sukan Begara menyokong program latihan atlet.
  • RM72 juta untuk memperkukuh ekosistem atlet acara podium, termasuk RM20 juta untuk program “Road to Gold” bagi temasya Olimpik.
  • Pelepasan cukai sehingga RM1,000 bagi pembelian peralatan dan aktiviti sukan, yang turut meliputi yuran latihan.
  • Kerajaan mengembalikan semula geran bantuan RM20,000 kepada semua Sekolah Agama Rakyat yang berdaftar di bawah Jakim.
  • Sumbangan khas ditambah menjadi RM700 kepada guru takmir, guru Kafa, imam, bilal, siak, noja dan marbut.
  • RM150 juta kepada Jakim untuk menyelenggara dan menaik taraf prasarana institusi pendidikan Islam antaranya sekolah agama rakyat, institusi pondok berdaftar dan sekolah tahfiz.
  • RM1.9 bilion bagi pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam.
  • RM20 juta untuk menaik taraf sistem pembetungan Kem Tentera Darat secara berfasa.
  • RM400 juta untuk menyelenggara dan membaik pulih semua Rumah Keluarga Angkatan Tentera.
  • RM20 juta untuk menyelenggara, membaiki serta memperoleh harta modal di pintu-pintu masuk antarabangsa seluruh negara.
  • Agensi tunggal sempadan negara atau single border agency (SBA) akan diwujudkan.
  • Kerajaan akan membina tujuh pos imbangan antaranya di Melikin dan Pa’ Daleh, Sarawak, pos keselamatan di Sungai Desa Aji Kuning, Pulau Sebatik, Sabah serta kerja awalan pembinaan dua ICQS di Nabawan dan Kalabakan, Sabah.
  • Kerajaan akan menambah aset perairan antaranya perolehan 45 unit bot pelbagai jenis Tentera Darat serta 9 kapal ronda generasi baharu dan bot pemintas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
  • Kerajaan akan memulakan proses perolehan aset baharu termasuk: 12 helikopter baharu TUDM; Perolehan aset utama Tentera Darat seperti 60 kereta perisai infantri, 50 High Mobility Light Tactical Vehicle(HMLTV), 6 Hovercraft Integrated Fast Interceptor serta 733 kenderaan sokongan pelbagai jenis; Kerja memasang pulih 2 aset kapal selam selain meneruskan perolehan tiga buah Littoral Mission Ship (LMS) Tentera Laut Diraja Malaysia; serta Perolehan bagi menggantikan aset lama dengan 7 buah pesawat kapal terbang twin engine dan 5 buah helikopter ringan PDRM.
  • Kementerian Dalam Negeri terima peruntukan RM19 bilion.
  • Bagi mengawal harga hartanah, 4% duti setem akan dikenakan ke atas pemindahan hartanah oleh individu bukan warganegara dan syarikat asing. Penduduk tetap dikecualikan daripada dasar ini.
  • RM19.7 bilion untuk Kementerian Pertahanan.
  • Mulai 2024, surat cara pindah milik harta tanah melibatkan benefisiari melepaskan hak kepada benefisiari yang layak mengikut wasiat atau faraid atau Akta Pembahagian 1958 hanya dikenakan duti setem 10% .
  • Kerajaan akan memperuntukkan RM100 juta kepada Kampung Baru Cina bagi menyediakan kemudahan infrastruktur asas dan kemudahan sosial bagi memastikan kesejahteraan penduduk kampung.
  • Kerajaan akan menambah Skim Jaminan Kredit Perumahan sehingga RM10 bilion untuk SJKP bagi memanfaatkan 40,000 peminjam.
  • Projek pelebaran Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) daripada empat kepada enam lorong dilanjutkan dari Sedenak ke Simpang Renggam dengan kos RM931 juta.
  • RM2.47 bilion untuk melaksanakan projek perumahan rakyat.
  • Projek Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) Fasa 2 dengan jajaran lebih 320km melibatkan kos hampir RM7.4 bilion mula dilaksanakan hujung tahun ini.
  • RM209 juta untuk mensubsidi pengangkutan udara di Sabah dan Sarawak.
  • RM150 juta untuk meneruskan program transformasi bas henti-henti.
  • RM96 juta untuk menyokong bas henti-henti di kaasan desa.
  • Proses tender bagi 19 pakej kerja projek Pan Borneo Sabah Fasa 1b dengan jajaran 366km melibatkan kos RM15.7 bilion akan diselesaikan November ini.
  • RM60 juta untuk CyberSecurity membangunkan Rangka Kerja Pengujian Keselamatan Siber 5G serta Kepakaran Tempatan Terhadap Teknologi 5G bagi meningkatkan kesiapsiagaan terhadap ancaman serangan siber.
  • RM939 juta untuk menyediakan bekalan air kepada 5,150 rumah serta bekalan elektrik kepada 2,200 rumah.
  • Kerajaan akan memperkenalkan Program Kampung Angkat Madani.
  • RM1.63 bilion bagi membina dan menaik taraf jalan di kampung dan desa di Kelantan, Perlis serta Negeri Sembilan.
  • RM1.1 bilion disediakan bagi melaksanakan penyelesaian isu bekalan air.
  • Peruntukan RM1 bilion bawah Dana Komuniti Madani (DKM) bagi menyediakan geran antara RM50,000 hingga RM100,000 kepada komuniti untuk menjayakan Program Komuniti Madani.
  • RM100 juta bagi memperluaskan Skim Perubatan Madani ke seluruh negara yang akan memanfaatkan 700,000 rakyat.
  • Kerajaan akan memperkenalkan Program Komuniti Madani bawah seliaan ICU, Jabatan Perdana Menteri.
  • RM150 juta untuk menyenggara sistem teknologi maklumat bawah KKM termasuk menyediakan Clinic Management System Subscription (CCMS) di 100 klinik kesihatan.
  • RM130 juta untuk saringan sihat, saringan awal bayi baru lahir dan membekal vaksin kepada ibu hamil.
  • RM766 juta untuk perolehan peralatan perubatan di hospital KKM bagi menggantikan peralatan yang mencecah Beyond Economic Repair (BER) di samping memenuhi keperluan pelbagai disiplin perkhidmatan baharu.
  • RM300 juta untuk membaik pulih 400 klinik usang.
  • RM5.5 bilion untuk memperoleh bekalan ubat dan vaksin.
  • Kerajaan setuju memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 14 Okt 2023 hingga 31 Mac 2024 dengan kadar berikut: Diskaun 10% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman; Diskaun 10% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran; Diskaun 15% untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual.
  • RM41.2 bilion bagi Kementerian Kesihatan.
  • Pelajar tidak mampu membayar yuran pengajian tidak akan disekat untuk mendaftar subjek pada setiap semester.
  • Yuran pendaftaran masuk ke universiti awam dihadkan kepada RM1,500.
  • RM20 juta bagi penubuhan Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) pertama negara di Universiti Teknologi Malaysia.
  • RM1 juta kepada setiap universiti awam untuk memperhebat pelaksanaan Program Pengupayaan Komuniti MADANI dan Program Pemulihan Dalam Komuniti OKU.
  • RM5 juta untuk manfaat 5,000 komuniti tumpuan di 105 kolej komuniti seluruh negara.
  • RM300 juta untuk menyelenggara dan membaiki prasarana di institusi pendidikan tinggi.
  • RM250 juta untuk menggantikan dan meluaskan capaian Wi-Fi di semua universiti awam.
  • RM16.3 bilion bagi Kementerian Pendidikan Tinggi.
  • RM100 juta bagi melaksanakan pendekatan holistik melibatkan semua pihak dalam membantu murid keciciran sekolah.
  • RM180 juta bagi membina 18 blok baharu pendidikan khas di Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.
  • RM30 juta untuk membekalkan peralatan sokongan pendidikan khas dan kemudahan mesra OKU di sekolah.
  • RM100 juta untuk menyelenggara dan menaik taraf makmal komputer sekolah dan memperoleh peralatan baharu untuk pembelajaran STEM.
  • Jawatankuasa Khas Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) rentas kementerian akan ditubuhkan.
  • Memperluaskan program Biasiswa Kecil Persekutuan kepada isi rumah berpendapatan kurang RM2,589 sebulan yang akan memanfaatkan 35,000 kanak-kanak.
  • Kerajaan perluas pemberian bantuan bawah Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin kepada murid sehingga Tingkatan 3 berbanding sehingga Tingkatan 1 sebelum ini. Sejuta murid akan menerima manfaat dengan peruntukan RM150 juta.
  • 26 sekolah baharu akan mula dibina dengan kos keseluruhan berjumlah RM2.5 bilion. Antaranya termasuk: SMK Laya-laya, Tuaran Sabah; SMK Baie, Bintulu, Sarawak; SMK Seri Melati, Kuantan, Pahang; SMK Bandar Universiti, Bandar Seri Iskandar, Perak; dan SMK Binjai, Kota Bharu, Kelantan.
  • RM58.7 bilion bagi Kementerian Pendidikan
  • RM1.9 bilion bagi menaik taraf dan menyelenggara sekolah.
  • Kerajaan akan membentangkan pindaan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 bagi membolehkan penagih menerima rawatan dan pemulihan tanpa dimasukkan ke penjara.
  • RM10 juta untuk Program Peluang Kedua Anda TVET bagi bekas banduan.
  • Elaun Bangunan Industri diberikan kepada Rumah Jagaan Kejururawatan Swasta Warga Emas bermula 1 Jan 2024 hingga 31 Dis 2026.
  • RM333 juta untuk Orang Asli mencakupi projek pembangunan sosioekonomi dan prasarana di perkampungan Orang Asli.
  • Kadar elaun pelatih OKU mengikuti Program Pemulihan Dalam Komuniti dinaikkan kepada RM300 sebulan.
  • RM1 bilion untuk melindungi kesejahteraan warga emas.
  • RM1.2 bilion dalam pelbagai bentuk bantuan bagi orang kurang upaya.
  • Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (Tube) akan diteruskan dengan peruntukan RM20 juta.
  • RM30 juta bagi menggalakkan syarikat atau studio permainan video antarabangsa melabur di Malaysia.
  • Ganjaran RM500 bagi belia melakukan aktiviti kesukarelawanan dengan badan diiktiraf kerajaan.
  • RM20 juta untuk Rakan Muda memperbanyak pengisian program belia.
  • Kerajaan akan melaksanakan Program Pra Tahfiz Kemas dengan peruntukan RM20 juta dengan sasaran melahirkan 100,000 hufaz cilik menjelang 2026.
  • 26 prasekolah baharu bawah Kementerian Pendidikan akan dibina melibatkan kos RM82 juta.
  • RM31 juta untuk 10 tabika dan taska baharu di Terengganu, Negeri Sembilan serta Johor.
  • RM20 juta untuk menaik taraf premis pendidikan awal Kemas.
  • Program Baitul Mahabbah Jabatan Imigresen akan diperluas di tiga lagi pusat penempatan sementara masing-masing satu di Sabah, Sarawak dan Semenanjung dengan peruntukan RM10 juta.
  • Galakan cukai bagi wanita kembali bekerja dilanjutkan sehingga 31 Dis 2027.
  • Had pengecualian cukai pendapatan ke atas elaun penjagaan anak dinaikkan daripada RM2,400 kepada RM3,000.
  • Kerajaan akan meningkatkan siling gaji bulanan bagi caruman Perkeso daripada RM5,000 kepada RM6,000.
  • Peningkatan ini akan meningkatkan faedah tunai pada kadar 20.2% untuk manfaat 1.45 juta pekerja dan orang tanggungan mereka.
  • RM1.6 bilion kemudahan pinjaman dan jaminan bagi usahawan PMKS Bumiputera.
  • Program i-Sayang KWSP akan diperluas untuk membolehkan isteri memindahkan 2% caruman KWSP syer pekerja kepada suami.
  • Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah akan diteruskan dengan peruntukan RM50 juta memanfaatkan lebih 400,000 suri rumah berdaftar bawah e-Kasih.
  • Had caruman i-Suri KWSP ditingkatkan kepada RM300 setahun terhad kepada RM3,000 seumur hidup.
  • Institusi pelaburan Bumiputera akan dipusatkan bawah Yayasan Pelaburan Bumiputera (YPB).
  • Had caruman padanan kerajaan bawah program i-Saraan KWSP ditingkatkan kepada RM500 setahun terhad kepada RM5,000 seumur hidup.
  • ‘Akaun Fleksibel KWSP’ akan diperkenalkan sebagai akaun baharu yang boleh diakses ahli pada bila-bila masa.
  • Kadar tanggungan kerajaan bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) akan ditingkatkan kepada 90% dengan peruntukan RM100 juta.
  • Kerajaan memperkenalkan ikhtiar FLYsiswa iaitu bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan bagi mengurangkan beban kewangan pelajar ingin pulang ke kampung halaman. Ikhtiar FLYsiswa akan diteruskan untuk manfaat hampir 60,000 pelajar daripada keluarga kurang mampu.
  • 100,000 topi keledar diagih secara percuma kepada keluarga kurang mampu.
  • RM2.4 bilion bagi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Ini akan memanfaatkan 450,000 rakyat, khasnya isi rumah miskin tegar, warga emas, kanak-kanak dan orang kurang upaya.
  • Syarat kelayakan bagi bantuan kebajikan diselaras sejajar kenaikan pendapatan garis kemiskinan (PGK) makanan 2023, iaitu RM1,198 sebulan.
  • Kerajaan terus tanggung bayaran ujian memandu bagi lesen motosikal kelas B2, e-hailing dan teksi untuk manfaat lebih 40,000 belia keluarga kurang mampu.
  • RM58.1 bilion untuk membiayai pelbagai bentuk pemberian kepada rakyat merangkumi subsidi, insentif dan bantuan. Hampir 50% peruntukan untuk mengawal harga barang dan perkhidmatan.
  • RM35 juta untuk membiayai yuran latihan dan insentif gantian pendapatan kepada 9,000 pekerja gig.
  • RM50 juta dana permulaan bawah Skim Takaful Tanaman Padi untuk manfaat lebih 240,000 pesawah.
  • RM500 juta bagi memperluaskan program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR).
  • Perkeso menyediakan insentif khas RM1,500 sebulan selama enam bulan kepada majikan bagi menyokong pengambilan lebih 3,300 pencari kerja. Sebanyak RM30 juta diperuntukkan untuk inisiatif ini.
  • RM50 juta bawah Tabung Bencana Pertanian bagi memberi pampasan sehingga 50% daripada nilai kerugian akibat bencana.
  • Agrobank menyediakan kemudahan pinjaman kepada pengusaha agromakanan dengan dana sehingga RM430 juta.
  • RM400 juta bagi Program Pengukuhan Keterjaminan Makanan.
  • RM10 bilion bagi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang akan memanfaatkan 9 juta penerima atau 60% penduduk dewasa Malaysia.
  • Kadar maksimum STR dinaikkan daripada RM3,100 kepada RM3,700, manakala kadar minimum untuk belia dinaikkan daripada RM350 kepada RM500.
  • Memperluaskan program Sumbangan Asas Rahmah bagi 700,000 penerima STR yang menerima RM100 sebulan selama setahun.
  • RM10 juta untuk membina baharu dan baik pulih rumah nelayan yang uzur.
  • Elaun sara hidup nelayan sehingga RM300 sebulan dan Insentif Hasil Tangkapan Nelayan sehingga RM1,000 sebulan.
  • Subsidi diesel dikekalkan pada harga terendah iaitu RM1.65 sen seliter kepada nelayan kelas tertentu dengan kuota 840 juta liter setahun.
  • Peningkatan peruntukan subsidi padi bukit atau padi huma daripada RM40 juta kepada RM50 juta.
  • Kerajaan memulakan usaha rintis penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun di beberapa kawasan jelapang antaranya di Bota Kiri, Perak; Kangar, Perlis dan Kota Sarang  Semut, Kedah.
  • RM200 juta untuk meneruskan program Payung Rahmah.
  • Harga lantai belian padi ditingkatkan kepada RM1,300 per metrik tan demi membantu pendapatan pesawah.
  • RM2.6 bilion subsidi dan insentif kepada pesawah dan nelayan.
  • RM5 juta untuk menambah baik kemudahan dan rawatan perubatan unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis serta kastam.
  • RM563 juta bagi pembaikan cerun seluruh negara termasuk untuk program pemantauan, pencegahan dan pelaporan serta amaran awal melibatkan lebih 2,000 cerun berisiko tinggi.
  • RM300 juta bagi Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) membuat persiapan banjir.
  • RM20 juta kepada 150 PBT untuk melaksanakan kerja pembaikan parit dan longkang rosak.
  • Melanjutkan tempoh permohonan pengecualian cukai ke atas semua pendapatan perusahaan sosial sehingga 2025.
  • 33 Projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi akan mula dilaksanakan dengan kos RM11.8 bilion.
  • Penerbitan sukuk biodiversiti sehingga RM1 bilion membabitkan penanaman semula hutan.
  • RM10 juta bagi membantu meringankan beban kerugian ditanggung rakyat yang terlibat dengan konflik hidupan liar.
  • RM200 juta untuk peruntukan Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation (EFT).
  • RM60 juta bagi melantik renjer dalam kalangan veteran tentera, polis, Orang Asli dan komuniti setempat.
  • Potongan cukai sehingga RM300,000 bagi syarikat berbelanja ke atas Measurement, Reporting and Verification (MRV) berkaitan pembangunan projek karbon.
  • Pengecualian cukai kepada syarikat pengurusan dana yang menguruskan dana pelaburan mampan dan bertanggungjawab (SRI serta potongan cukai ke atas kos penerbitan sukuk SRI sehingga tahun taksiran 2027.
  • Putrajaya akan dijadikan model bandar rendah karbon.
  • Lanjutan tempoh tawaran program Net Energy Metering (NEM) sehingga 31 Dis 2024 bagi menggalakkan lebih ramai memasang panel di premis kediaman.
  • Lanjutan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 ke atas perbelanjaan kemudahan pengecasan EV untuk tempoh empat tahun dan potongan cukai bagi kos sewaan EV untuk tempoh dua tahun lagi.
  • Bagi menyokong keperluan projek LRT3, Prasarana Malaysia Berhad bersetuju untuk memperoleh 150 bas elektrik dan membina tiga depoh bas dengan kos RM600 juta.
  • Kerajaan memperkenalkan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik kepada rakyat berpendapatan tahunan RM120,000 ke bawah. Skim ini akan memberikan rebat sehingga RM2,400  kepada pembeli.
  • Dana pembiayaan dengan nilai keseluruhan RM200 bilion untuk mendorong industri beralihke arah ekonomi rendah karbon.
  • RM100 juta untuk penanaman semula kelapa sawit yang akan memanfaatkan 7,000 pekebun kecil.
  • RM70 juta bagi menyokong program meningkatkan kemampanan industri sawit.
  • RM90 juta bagi Risda dan Felcra menggalakkan pekebun kecil mengoptimumkan penggunaan tanah.
  • RM2 bilion untuk Dana Mudah Cara Peralihan Tenaga Negara.
  • RM2.4 bilion buat Felda, Felcra dan Risda terus merancakkan aktiviti agrikomoditi serta meningkatkan sosioekonomi pekebun kecil.
  • RM76 juta memperkasakan ekosistem aktiviti penyelidikan, pembangunan, pengkomersilan dan inovasi (R&D&C&I).
  • Kerajaan akan menyemak kadar duti hiburan bagi Wilayah Persekutuan.
  • Pengecualian duti hiburan sepenuhnya bagi persembahan pentas oleh artis tempatan.
  • Pengurangan 5% duti hiburan bagi taman tema, pusat rekreasi keluarga, pusat permainan indoor dan simulator.
  • Pengurangan 10% duti hiburan bagi persembahan pentas oleh artis antarabangsa dan acara hiburan lain seperti tayangan filem serta acara sukan dan permainan.
  • RM510 juta untuk dana R&D bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Kementerian Pendidikan Tinggi.
  • Kerajaan akan kembali menganjurkan Anugerah Seni Negara secara tahunan.
  • Kerajaan bercadang menetapkan kadar cukai pendapatan khas antara 0 hingga 10% peratus kepada syarikat produksi filem, pelakon filem asing dan kru filem yang menjalankan penggambaran filem di Malaysia.
  • RM160 juta untuk menyokong industri kreatif, termasuk dana untuk filem tempatan.
  • Kerajaan setuju longgarkan syarat Malaysia My Second Home (MM2H) bagi meningkatkan kedatangan pelancong dan pelabur asing.
  • Memperkenalkan Pelan Liberalisasi Visa merangkumi kelulusan pas penggajian bagi pelabur strategik dalam sektor utama.
  • Memperkenalkan Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang untuk pelajar asing yang menamatkan pengajian bagi menampung keperluan tenaga mahir.
  • Menambah baik kemudahan Visa-On-Arrival, pas lawatan sosial dan tawaran Multiple Entry Visa bagi menggalakkan kemasukan pelancong dan pelabur dari India serta China.
  • RM20 juta kepada Think City untuk mengangkat dan memulihara nilai Kuala Lumpur sebagai bandar raya kreatif dan budaya.
  • RM80 juta bagi memelihara dan memulihara bangunan dan tapak warisan diiktiraf Unesco antaranya Gua Niah, Sarawak; Lembah Bujang, Kedah dan Royal Belum, Perak.
  • RM20 juta bagi menyelenggara dan memulihara lokasi tarikan pelancongan seperti Tasik Timah Tasoh di Perlis, Kenong Rimba Park di Pahang, dan Pantai Teluk Kemang di Negeri Sembilan.
  • RM350 juta bagi merancakkan promosi dan aktiviti pelancongan supaya Malaysia kembali sebagai destinasi pelancongan pilihan utama dunia.
  • Tahun Melawat Malaysia ditetapkan semula pada 2026 dengan sasaran ketibaan 26.1 juta pelancong asing dan anggaran perbelanjaan domestik sebanyak RM97.6 bilion.
  • RM47 juta bagi menambah baik fasiliti penumpang di terminal Lapangan Terbang Tioman dan memanjangkan landasan sedia ada kepada 1,300m.
  • RM20 juta disediakan secara geran padanan bersama Lembaga Pelabuhan untuk menaik taraf sistem Malaysia Maritime Single Window (MMSW).
  • RM50 juta disediakan secara geran padanan bersama Lembaga Pelabuhan Klang untuk menyelenggara Jalan Pelabuhan Klang.
  • RM27 juta bagi kempen Beli Barangan Buatan Malaysia serta program Penggunaan Barangan dan Perkhidmatan Hasil R&D Tempatan (MySTI).
  • RM180 juta untuk pinjaman pendidikan TVET yang akan memanfaatkan 12,000 pelatih.
  • 4,000 unit ruang niaga baharu yang seragam, selesa dan selamat akan dibina di seluruh kawasan PBT dengan peruntukan RM50 juta.
  • 10,000 gerai dan warung kecil diperindah dan ditingkatkan tahap kebersihan dengan peruntukan RM10 juta.
  • Pusat penjaja dan prasarana pasar awam uzur di 150 kawasan PBT akan dibaik pulih dan dinaik taraf dengan peruntukan RM110 juta.
  • Pelepasan cukai sehingga RM2,000 bagi yuran kursus peningkatan kemahiran atau kemajuan diri dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2026.
  • RM30 juta bagi syarikat melatih tenaga kerja tempatan.
  • RM17 juta untuk Program Tahfiz TVET.
  • HRD Corp guna 15% kutipan levi bagi program latihan semula dan peningkatan kemahiran bagi usahawan PMKS, bekas banduan, orang kurang upaya, warga emas dan pesara.
  • Program Academy in Industry akan dilaksana untuk menyediakan kemahiran sambil bekerja dalam tempoh sehingga 18 bulan dengan peruntukan RM70 juta.
  • RM100 juta bagi menyediakan pensijilan profesional diiktiraf industri kepada graduan TVET dan sebagai insentif kepada industri untuk bekerjasama dengan institusi TVET awam.
  • RM100 juta bagi menyokong usaha pendigitalan buat lebih 20,000 PKS dan pengusaha mikro.
  • RM900 juta dana pinjaman bawah BNM bagi membantu PKS melalui automasi dan pendigitalan.
  • RM40 juta bagi Program Shop Malaysia Online.
  • RM100 juta dana pembiayaan disediakan kepada gerakan koperasi melalui Tabung Modal Pusingan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia bagi membantu lebih banyak koperasi.
  • Peruntukan pembiayaan RM100 juta untuk Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).
  • RM20 bilion bagi Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad menjamin pinjaman PKS dalam ekonomi hijau, teknologi dan halal.
  • Kerajaan akan meningkatkan dana kepada RM500 juta untuk pinjaman mudah bagi meningkatkan pembangunan semula tanah-tanah wakaf di seluruh negara.
  • Dana tambahan sehingga RM25 juta secara geran padanan dengan institusi kewangan bagi memberi manfaat kepada lebih ramai usahawan bawah i-TEKAD.
  • RM44 bilion dalam bentuk pinjaman dan jaminan pembiayaan untuk usahawan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
  • Ini termasuk RM1.4 bilion bawah pinjaman mikro BSN, RM330 juta bawah Tekun Nasional dan RM720 juta bagi usahawan belia dan wanita.
  • Pengecualian cukai pendapatan sepenuhnya selama 5 tahun kepada entiti Labuan yang menjalankan aktiviti perdagangan berkaitan kewangan Islam mulai tahun taksiran 2024.
  • Tempoh memproses pensijilan halal dipendekkan daripada 51 kepada 30 hari.
  • Kerajaan cadang mengecualikan cukai pendapatan ke atas pendapatan yang terbit daripada Islamic Securities Selling and Buying (ISSB) mulai tahun taksiran 2024.
  • RM20 juta bagi merancakkan kajian serta kreativiti dan inovasi ekonomi Islam.
  • RM28 juta untuk membangunkan platform MYStartup sebagai tetingkap tunggal bagi menyokong syarikat pemula.
  • RM1.5 bilion untuk GLC dan GLIC bagi menggalakkan syarikat pemula, termasuk usahawan PKS Bumiputera menceburi bidang dengan pertumbuhan dan nilai tinggi (HGHV).
  • Miti dan Mida perlu mempermudah urusan pelaburan FDI dan DDI bermula daripada permohonan sehinggalah pelaburan itu direalisasikan.
  • Kerajaan akan membuka kawasan perindustrian berteknologi tinggi di Kerian, Perak Utara.
  • Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC) dijadikan hab pembangunan sektor kimia dan petrokimia dengan pemberian pakej galakan cukai dalam bentuk kadar cukai khas atau elaun cukai pelaburan.
  • Kerajaan bercadang memberi galakan cukai pelaburan semula secara tiering dalam bentuk elaun cukai pelaburan sebanyak 70% atau 100%.
  • Kerajaan akan menyediakan peruntukan sehingga 10% daripada jumlah pelaburan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 sebagai pemangkin untuk memacu misi NIMP dengan dana permulaan 2024 sebanyak RM200 juta.
  • Kadar pemberian khas interim dinaikkan kepada RM300 juta bagi Sarawak dan Sabah.
  • Putrajaya sedang berunding untuk merealisasikan penyerahan Pelabuhan Bintulu dan pengoperasian Perkhidmatan Udara Desa (RAS) kepada kerajaan negeri.
  • Bank Negara Malaysia dengan kerjasama sektor kewangan sedang membangunkan Portal Fraud Kebangsaan (NFP) dijangka siap menjelang pertengahan 2024.
  • Peruntukan persekutuan RM5.8 bilion untuk Sarawak, RM6.6 bilion untuk Sabah.
  • Tambahan peruntukan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) kepada RM20 juta bagi membanteras jenayah scam.
  • Dasar Peluang Kedua akan diperluas kepada golongan muda 40 tahun ke bawah yang mempunyai hutang tidak lebih RM200,000.
  • RM10 juta tambahan bagi membela nasib rakyat yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan serta kes kebajikan lain di luar negara.
  • RM50 juta disediakan untuk merawat kawasan berkemalangan tinggi.
  • RM100 juta disediakan bagi menyelenggara lampu jalan termasuk menggantikan kepada jenis LED yang dapat menjimatkan elektrik sehingga 60%.
  • Kerajaan akan meningkatkan peruntukan kepada RM200,000 berbanding RM100,000kepada 115 jurutera daerah dengan peruntukan keseluruhan RM30 juta.
  • RM2.8 bilion untuk menyelenggara jambatan dan jalan persekutuan.
  • RM150 juta bagi menyelenggara dan membaiki tandas awam di 150 PBT seluruh negara.
  • Menambah baik kutipan duti setem, memperkukuh pentadbiran cukai, memperluas liputan sistem perlindungan sosial dan menstruktur semula institusi kewangan pembangunan(DFI).
  • RM100 juta untuk terus menyokong usaha diambil oleh NGO dan pertubuhan masyarakat sivil termasuk Yayasan Hasanah.
  • RM38 juta bagi meningkatkan produktiviti institusi kehakiman negara.
  • Rang Undang-undang Perolehan Kerajaan akan dibentang di Parlimen tahun depan.
  • RM18 juta bagi melancarkan urusan reformasi perundangan.
  • RM2.4 bilion untuk membina, menyelenggara dan membaik pulih kuarters penjawat awam, guru, hospital, anggota polis, tentera dan bomba.
  • RM10 juta untuk MyCC serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup bagi menghapuskan amalan parasit.
  • Kerajaan akan merasionalisasikan subsidi diesel secara berfasa.
  • Meneruskan rebat bil elektrik sehingga RM40 sebulan kepada isi rumah miskin tegar dengan peruntukan RM55 juta serta mengecualikan bayaran deposit akaun bil elektrik atas nama sendiri.
  • Harga siling bagi telur dan ayam akan ditarik balik.
  • Subsidi bersasar dilaksanakan secara berfasa dengan sebahagian hasil penjimatan subsidi ini akan disalurkan terus bagi meningkatkan peruntukan bantuan tunai melalui Sumbangan Tunai Rahmah daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion.
  • Aktiviti import bagi rokok untuk pasaran domestik pula dilakukan secara muatan kontena secara penuh (full container load).
  • Memperketat langkah kawalan penyeludupan dan memperluas kepada produk minuman keras. Aktiviti pindah kapal (transhipment) bagi produk minuman keras dihadkan di pelabuhan tertentu saja.
  • Melaksanakan e-invois secara mandatori kepada pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi 100 juta ringgit mulai 1 Ogos 2024.
  • Cukai minimum global dijangka dilaksanakan pada 2025 yang hanya terpakai kepada syarikat mempunyai pendapatan global sekurang-kurangnya 750 juta euro.
  • Menggubal perundangan baharu bagi melaksanakan cukai barang bernilai tinggi pada kadar 5% hingga 10% ke atas barang bernilai tinggi tertentu seperti barang kemas dan jam tangan berdasarkan nilai ambang harga barangan.
  • Kerajaan akan melaksanakan cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih pada kadar 10% mulai 1 Mac 2024.
  • Cukai perkhidmatan dinaikkan daripada 6% kepada 8%. Ini tidak tertakluk kepada makanan dan minuman serta telekomunikasi.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim



Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit

Jangan nanti malaikat maut pun kau maki



GV10: Sah Elly Mazlein undur diri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker