Naik taraf LRT3 berita baik buat pengguna pengangkutan awam

Pengembalian semula lima stesen Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang sebelum ini dibatalkan cadangan pembinaannya, dijangka mampu menambah baik kesalinghubungan perkhidmatan pengangkutan awam itu.

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam kenyataan memaklumkan peruntukan RM4.7 bilion untuk menaik taraf projek LRT3 (LRT Laluan Shah Alam) dan sistem sokongan, merupakan berita baik buat pengguna pengangkutan awam khususnya bagi mereka yang berada di koridor barat Lembah Klang meliputi kawasan dari Johan Setia, di Klang, Selangor ke Bandar Utama, Petaling Jaya.

“Ia bakal memberi manfaat kepada dua juta pengguna di sepanjang koridor berkenaan,” menurut kenyataan itu.



Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI di Dewan Rakyat semalam berkata kerajaan bersetuju meneruskan semula cadangan pembinaan lima stesen LRT3 yang dibatalkan sebelum ini iaitu stesen Tropicana, Raja Muda, Temasya, Bukit Raja dan Bandar Botanik.

Menurut Prasarana peruntukan itu juga merangkumi perolehan tiga set tren tambahan, penambahbaikan sistem sokongan dan perluasan depoh sedia ada di Johan Setia.

Dalam pada itu, perolehan 150 unit bas elektrik dan pembinaan tiga depoh bas oleh Prasarana dengan kos RM600 juta bagi menyediakan kemudahan batuan pertama dan terakhir untuk projek LRT3 adalah langkah menyokong pelepasan karbon sifar bersih.

Sementara itu, Prasarana juga menyambut baik penerusan inisiatif pas bulanan My50 bagi pengguna pengangkutan awam yang bakal memberikan manfaat kepada hampir 180,000 pengguna.



– Bernama

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim

Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit



Jangan nanti malaikat maut pun kau maki

GV10: Sah Elly Mazlein undur diri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker