Pestabola Merdeka 2023: India terkejut dibaham Harimau Malaya

KUALA LUMPUR: Malaysia melangkah ke final Pestabola Merdeka 2023 selepas menewaskan pasukan ranking ke-102 dunia, India 4-2 dalam aksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Harimau Malaya yang menghuni ranking 134 dunia membuka tirai jaringan seawal minit ketujuh hasil percubaan Dion Cools ketika berlaku situasi kelam kabut di dalam kotak penalti India selepas sepakan sudut dilakukan Endrick Dos Santos.

Kedudukan itu bagaimanapun bertahan hanya enam minit apabila India menyamakan kedudukan menerusi rembatan jarak dekat Naorem Mahesh Singh yang tidak berjaya diselamatkan penjaga gol Harimau Malaya, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed.



Tujuh minit kemudian, Harimau Malaya kembali berada di hadapan menerusi Arif Aiman Hanapi yang menyempurnakan sepakan penalti selepas Nikhil Chandrashekhar menjatuhkan Darren Lok.

Ketika aksi babak pertama berbaki tiga minit, Faisal Halim meletakkan Harimau Malaya dalam kedudukan lebih selesa dengan dia bijak membuat larian sebelum melepaskan rembatan untuk menewaskan penjaga gol India, Gurpreet Singh buat kali ketiga.

Aksi terus sengit dengan India berjaya merapatkan kedudukan, enam minit selepas bersambung babak kedua menerusi jaringan kapten mereka, Sunil Chhetri.

Situasi sedikit tegang pada minit ke-56 apabila beberapa pemain India menyerbu penjaga garisan selepas mereka mendakwa percubaan Lallianzuala Chhangte sudah melepasi garisan gol, namun bantahan itu tidak mengubah keputusan pengadil.



Lebih malang buat skuad The Blue Tigers itu apabila pintu gol mereka bocor lagi pada minit ke-61 dan kali ini menerusi pemain pertahanan, La’vere Corbin Ong yang menyudahkan umpanan Faisal, sekali gus mengesahkan kemenangan bergaya skuad kendalian Kim Pan Gon.

Harimau Malaya akan mengharungi aksi final, Selasa ini berdepan Tajikistan yang mendapat ‘bye’ bagi perlawanan pertama susulan penarikan diri Palestin pada saat akhir.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim

Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit



Jangan nanti malaikat maut pun kau maki

GV10: Sah Elly Mazlein undur diri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker