Doktor dituduh rakam gambar pesakit ketika berbogel

Seorang pakar psikiatri di Noida ditangkap kelmarin kerana didakwa merakam gambar lucah beberapa pesakit wanita semasa pemeriksaan perubatan mereka, lapor portal berita India Today semalam.

Polis menemui sejumlah gambar tidak senonoh dalam komputer doktor tersebut yang dikenali sebagai Dr. Gurdeep Singh. Dia ditahan selepas polis menerima aduan daripada keluarga salah seorang gadis terbabit.

Keluarga itu mendakwa suspek merakam gambar ‘tidak sesuai’ anak perempuan mereka semasa dia melakukan rawatan. Suspek juga didakwa cuba memeras ugut mereka menggunakan gambar tidak senonoh tersebut.



Menurut polis, doktor itu selalunya melakukan komunikasi dengan pesakitnya secara online, namun dia kadang-kadang menjemput mereka ke kliniknya untuk melakukan pemeriksaan.

Semasa lawatan itulah, dia didakwa merakamkan gambar lucah mangsa.

Pasukan forensik polis masih memeriksa sistem komputer suspek dan cuba mendapatkan semula data tambahan.

Polis memfailkan kes terhadap doktor berkenaan di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak daripada Jenayah Seksual (POCSO). – Agensi



 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



GV10, gegar segala gegar

Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta



Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera

Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker