Mekanik ‘hot’ tidak peduli ajakan lelaki

Tantin sudah bekerja dalam bidang permotoran selama lebih 10 tahun dan mula berjinak-jinak ketika berusia 15 tahun

MANILA – Seorang mekanik jelita di Filipina mendedahkan bahawa dia sering menjadi sasaran lelaki mata keranjang yang mengajaknya keluar temu janji ketika dia membaiki kenderaan mereka, lapor akhbar The Sun semalam.

Tantin Legaspi Meneses, 26, berkata, situasi tersebut bagaimanapun tidak pernah menggugatnya kerana dia memberi perhatian penuh kepada pekerjaannya.

“Ramai lelaki yang mengajak saya bersembang ketika saya sedang membaiki kenderaan mereka. Saya cuma ingin segera menyiapkan kerja tanpa sebarang gangguan.

“Lama-kelamaan, saya hanya mengabaikan mereka. Saya tidak menjadi mekanik untuk lelaki atau bagi menarik perhatian sesiapa. Saya melakukannya untuk diri sendiri,” katanya.

Tantin menjadi mekanik di bengkel miliknya sendiri. 

Tambah model sambilan itu, dia sudah bekerja dalam bidang permotoran selama lebih 10 tahun dan mula berjinak-jinak ketika berusia 15 tahun.

“Ketika di sekolah menengah, saya memberitahu guru bahawa saya ingin menjadi seorang mekanik. Mereka menganggap saya sekadar berseloroh,” ujarnya.

Bagaimanapun, Tantin kemudian menyambung pengajiannya dalam kursus automatif pada usia 19 tahun. Kini, dia menjadi mekanik di bengkel miliknya sendiri.

“Sebagai seorang model sambilan, saya perlu bersolek, menjadi cantik dan kelihatan glamor. Namun kemudiannya, tangan saya akan menjadi kotor dan tidak mandi.

“Fokus saya adalah untuk membaiki kereta dan saya amat sukakannya,” katanya. – AGENSI

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Kalau Tak Idam Jadi PM, Kenapa Beri Bayangan Akan Kembali? – Zahid Persoal Muhyiddin

Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan Ditampar Guru Tari Padah Mengeluh Terlalu Penat

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker