Konflik Palestin-Israel: Rumah mentua dibom pesawat penjajah – Nadir

Kediaman empat tingkat milik mentua Muhammad Nadir Al-Nuri musnah selepas dibom Zionis Israel semalam.

PETALING JAYA – Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkongsi beberapa gambar kemusnahan melibatkan kediaman mentuanya di Gaza, Palestin selepas dibom tentera Zionis Israel semalam.

Keadaan kemusnahan yang teruk itu mengundang rasa sedih rakyat Malaysia selain mereka mendoakan ujian dihadapi itu diganti dengan perkara yang lebih baik.

Dalam masa sama, Muhammad Nadir Al-Nuri turut memberitahu, keluarga iparnya terselamat daripada runtuhan kediaman empat tingkat tersebut.

“Selalu kita menceritakan kisah orang kan? Kali ini kami berkongsi kisah kami pula. Rumah mentua saya setinggi empat tingkat ranap dibom pesawat perang penjajah semalam.



“Alhamdulillah keluarga ipar saya semuanya telah meninggalkan rumah lebih awal dan semuanya selamat. Alhamdulillah,” katanya menerusi hantaran itu hari ini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna Facebook turut bersedih, namun bersyukur apabila Muhammad Nadir Al-Nuri yang juga Pengerusi Ahli Majlis Tertinggi MyAqsa Defenders memaklumkan keadaan keluarga iparnya yang sempat menyelamatkan diri.

“Allahuakbar, semoga Allah menggantikan yang lebih baik…amin,” komen Imah Rahimah.

“Alhamdulillah semoga Tuan Nadir terus kuat. Seluruh ahli keluarga rakyat Palestin dalam peliharaan Allah, insya-Allah,” kata Noorisah Wahab.



“Hancur luluh hati tengok ni. Allahuakbar, hasbunallah wani’mal wakil,” doa Siti Hairah MH

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim

Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit



Jangan nanti malaikat maut pun kau maki

GV10: Sah Elly Mazlein undur diri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker