Haram berlakon solat dalam filem, drama

Haram berlakon solat dalam filem, drama

PETALING JAYA – Hukum berlakon solat atau sembahyang di dalam filem atau drama adalah haram.

Penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus berkata, perkara itu sudah ditetapkan menerusi fatwa yang dikeluarkan pihak berkuasa agama.



Menurutnya, individu atau pelakon hanya boleh melakonkan babak ‘berdoa’ dan tidak boleh melakukan solat secara olok-olok tanpa niat untuk menunaikannya.

“Hukum berlakon berdoa di dalam filem atau drama adalah tidak mengapa, namun fatwa mengharamkan berlakon sembahyang.

“Untuk masa akan datang, kalau nak masukkan babak orang sembahyang. Biar dia tunaikan solat betul-betul dan baru ambil gambar atau (rakam),” katanya dalam sesi ceramahnya baru-baru ini.

Bagaimanapun, Azhar berkata, lakonan solat hanya boleh dilakukan bagi tujuan pendidikan seperti mengajar kanak-kanak.



“Nak jadi Pengarah filem, majlis ilmu juga kena hadir. Baru jadi comel (bagus) filem kita,” ujarnya. K Online

Haram berlakon solat dalam filem, drama


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Khairy tayang bakat main gitar (Video)

UFC 280: Anak buah Khabib, Islam Makhachev berjaya tumbangkan Juara Dunia [VIDEO]



Silap Saya Sebab Teruskan Walaupun Ibu Bapa Tak Restu- Abang Viva [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker