Lori terkena renjatan elektrik, 1 maut, 1 cedera

Lori terkena renjatan elektrik, 1 maut, 1 cedera

Kota Marudu: Seorang maut manakala seorang lagi parah selepas lori dinaiki terkena renjatan elektrik lalu terbakar di Jalan Kampung Samparita, di sini, hari ini.

Pemandu jentera berat, John Adam Baudi, 56, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.



Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 11.35 pagi.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu digerakkan ke lokasi sejauh 28 kilometer.

“Kebakaran berlaku di bahagian belakang lori 10 tan yang terbakar 70 peratus akibat terkena kabel elektrik ketika menurunkan tanah.

“Kejadian menyebabkan dua mangsa lelaki yang berada di dalam kenderaan terbabit terkena renjatan elektrik lalu terbakar,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.



Menurutnya, operasi pemadaman dilakukan oleh pasukan bomba menggunakan satu aliran dari jentera bomba.

“Mangsa yang parah sudah dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan bomba di lokasi.

“Pemandu jentera berat disahkan meninggal dunia serta-merta di lokasi dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata, operasi terkawal 12.35 tengah hari dan tamat 20 minit kemudian. HM



Lori terkena renjatan elektrik, 1 maut, 1 cedera

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?



Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy

Suhaimi Saad ditidurkan di ICU



Bogel di surau , pasangan dipenjara



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker