Muhyiddin Bohong Tarikh Cuti Elak Didakwa Terima Rasuah?

Oleh Nurul Aisyah

BUKAN perkara luar biasa jika Tan Sri Muhyiddin Yassin berbohong mengenai tarikh beliau bercuti kononnya sedang menjalani rawatan di luar negara pada salah satu tarikh pembayaran yang didakwa berlaku. Ianya sudah menjadi lumrah beliau.

Masihkah kita ingat bagaimana Muhyiddin berbohong mengenai isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB)? Muhyiddin berbohong apabila mendakwa apa yang terkandung dalam laporan DOJ adalah “penemuan pasukan penyiasat AS”, sedangkan ia bukan penemuan, sebaliknya hanya syak wasangka berdasarkan aduan yang dilaporkan kepada mereka.



Kini Muhyiddin Yassin didakwa menerima RM1.3 juta daripada sebuah firma yang didakwa memberi rasuah kepada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Memandangkan Muhyiddin menyangkal dakwaan tersebut dengan alasan pada tarikh tersebut beliau menjalani rawatan di luar negara maka keberadaan Muhyiddin semasa pembayaran yang didakwa dibuat oleh UKSB sedang diteliti.

Dalam prosiding itu, David Tan Siong Sun, bekas pengurus pentadbiran Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB), ditunjukkan lejar syarikat dan diminta mengenal pasti beberapa akronim.

Antara lain, Tan mengenal pasti “TSM” sebagai “Tan Sri Muhyiddin” dan Muhyiddin – menteri dalam negeri pada masa itu – dibayar tunai RM1.3 juta, dibahagikan kepada tiga bahagian pembayaran.Pada 4 Jun 2018 sebanyak RM300,000, 4 Julai 2018 sebanyak RM500,000 dan 23 Ogos 2018 RM500,000.



Muhyiddin antara kumpulan pertama menteri kabinet Pakatan Harapan yang mengangkat sumpah pada 21 Mei 2018.

Bayaran pertama RM300,000, seperti yang didakwa Tan, berlaku hanya 14 hari kemudian pada 4 Jun manakala pembayaran kedua RM500,000 didakwa dibuat pada 4 Julai.

Keesokan harinya, Muhyiddin hadir majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya.

Pada majlis itu, Muhyiddin, bagi pihak Kerajaan Persekutuan, menerima cek RM1 juta daripada kontraktor Kementerian Dalam Negeri Datasonic Group yang dimaksudkan untuk dana Tabung Harapan Malaysia.



Muhyiddin kemudian bercuti pada 12 Julai dengan Mahathir mengambil alih Kementerian Dalam Negeri. Muhyiddin menerima rawatan berkaitan kanser pankreas di Singapura.

Muhyiddin keluar dari pusat perubatan pada 7 Ogos. Pada 13 Ogos, dia berada di Dewan Rakyat untuk mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen Pagoh.

Bayaran ketiga yang didakwa berjumlah RM500,000 berlaku 10 hari kemudian pada 23 Ogos.

Semakan awal ke atas arkib media tempatan dan Singapura gagal mengesan laporan bahawa Muhyiddin berada di luar negara pada tarikh tersebut



Menurut sumber, tidak dapat dipastikan sama ada Muhyiddin berada di luar negara atau tidak, pada 4 Jun, 4 Julai dan 23 Ogos 2018.

Sepanjang tempoh Muhyiddin cuti perubatan (12 Julai 2018) dan mengangkat sumpah jawatannya sebagai ahli parlimen (13 Ogos 2018), dia sebahagian besarnya berada di luar negara.

Bagaimanapun, pada tempoh antara 4 Julai 2018 dan 23 Ogos 2018, Tan mendakwa berlaku pembayaran tunai RM1 juta kepada Muhyiddin.

Setakat ini, tiada penjelasan lanjut daripada pejabat Muhyiddin, termasuk invois untuk rawatan atau cap imigresen pada pasport diplomatiknya.



Oleh itu, penafian Muhyiddin tidak boleh diterima kerana ianya sangat meragukan.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker