Azmin tak ingat jumpa siapa, Najib sedia bantu

Azmin tak ingat jumpa siapa, Najib sedia bantu

Datuk Seri Najib Razak sinikal terhadap kenyataan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung pertemuan dengan beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) minggu lalu.

Kata Najib, sekiranya Azmin tidak ingat, beliau sedia untuk membantu Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu dengan rela hati.

“Tak ingat? Najib sedia membantu.

“Minggu lalu: Jumpa PKR di Hotel Sheraton. Petaling Jaya.

“Mei 2019: Jumpa Haziq di Hotel 4 Points, Sandakan,” tulis Najib di Facebook beliau, hari ini.

Najib yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) dipercayai merujuk kepada laporan media mengenai kenyataan Azmin yang dia tidak dapat mengingat hotel mana dikunjunginya dan siapa yang ditemui pada minggu lalu.

Kenyataan Azmin itu berhubung spekulasi pertemuannya dengan pemimpin-pemimpin PKR baru-baru ini.

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak beralasan jadual hariannya yang sibuk menyebabkan dia tidak dapat mengingat hotel mana yang didakwa laporan media tersebut.

Laporan media yang memetik sumber sebagai berkata, menyebut pertemuan itu berlangsung di Hotel Sheraton di Petaling Jaya.

Haziq Aziz pula merujuk kepada individu yang mengakui pernah mengadakan hubungan seks dengan individu mirip wajah Azmin di Hotel Four Points pada 11 Mei 2019.

Lelaki kelahiran Sarawak itu turut membuat pengakuan bersumpah bahawa individu dalam video seks bersama individu mirip Azmin itu adalah dirinya. MG

Azmin tak ingat jumpa siapa, Najib sedia bantu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sharnaaz peluk erat anaknya selepas 3 hari dalam lokap

“Minta Maaf Syamsul”… Syamsul Berjaya Cari Wartawan mStar, Bersemuka Isu Tajuk Artikel [VIDEO]

Durian J. Sparrow, Jerai dari Kedah setanding musang king

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker