Peguam Samirah bergelut dengan jurugambar

Peguam Samirah bergelut dengan jurugambar

SHAH ALAM: Seorang peguam mewakili Samirah Muzaffar dan dua remaja dalam kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Nazrin Hassan terlibat dalam pergelutan dengan jurugambar akhbar sebelum perbicaraan di Mahkamah Tinggi hari ini.

S Suresh sedang berjalan bersama Samirah dan peguam lain ke kamar mahkamah apabila mereka dikepung oleh jurugambar yang menjalankan tugas, dengan polis mengarahkan mereka diberi laluan.



Suresh dilihat menepis kamera seorang jurugambar dan beliau dikatakan membalas dengan menendang peguam itu.

Seorang lagi jurugambar didakwa menolak Suresh ketika peguam itu memasuki satu lorong menuju ke kamar mahkamah. Suresh dikatakan menghampiri jurugambar pertama dan merampas kad media yang tergantung pada lanyard di lehernya.

Difahamkan jurugambar terbabit akan membuat laporan polis.

Mahkamah Tinggi hari ini membebaskan Samirah dan dua remaja itu daripada tuduhan membunuh setelah hakim Ab Karim Ab Rahman memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap mereka.



Samirah, 47, dua remaja itu yang kini berusia 16 dan 19 tahun, serta pembantu rumah warga Indonesia Eka Wahyu Lestari yang masih bebas didakwa pada 12 Mac 2019 atas tuduhan membunuh Nazrin di rumah mereka di Mutiara Damansara antara 11.30 malam 13 Jun 2018 dan 4 pagi hari seterusnya. FMT

Peguam Samirah bergelut dengan jurugambar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Sharnaaz peluk erat anaknya selepas 3 hari dalam lokap

“Minta Maaf Syamsul”… Syamsul Berjaya Cari Wartawan mStar, Bersemuka Isu Tajuk Artikel [VIDEO]



Durian J. Sparrow, Jerai dari Kedah setanding musang king

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker