‘Cincin dah jadi hak mutlak, tak salah pun Nourul jual’- Akhil Hayy
‘Cincin dah jadi hak mutlak, tak salah pun Nourul jual’- Akhil Hayy
Kuala Lumpur: Penyanyi dan pendakwah selebriti, Ustaz Akhil Hayy berkata tiada salahnya tindakan penyanyi Nourul Depp menjual cincin pernikahannya yang berusia 25 tahun.
Menurutnya, cincin itu adalah dari perkahwinan yang sudah pun terpisah dan bukan lagi di bawah tanggungan bekas suaminya, Ajai.
“Mereka pun sudah lama bercerai dan sudah tentu tiada isu yang berbangkit lagi sekarang. Cincin itu memang dah jadi hak mutlak Nourul.
“Jadi, terpulang kepada dia (Nourul) untuk buat apa saja dengan cincin berkenaan. Apatah lagi, dia jual untuk tujuan kebaikan memang bagus,” katanya kepada Harian Metro.
Terdahulu, penyanyi lagu Cinta Azali berkenaan dikecam netizen gara-gara menjual cincin pernikahan yang dianggap mempunyai nilai sentimental, selain tidak pandai menghargai pemberian itu.
Nourul bagaimanapun menjelaskan, cincin yang dilelong itu adalah cincin pertama perkahwinannya dengan Ajai pada 1996.
Dia terjumpa cincin itu ketika sedang mengemas barang-barang untuk proses berpindah ke Bali, Indonesia.
Nourul kemudian mengambil keputusan menjualnya daripada menyimpan begitu saja tanpa memakai kerana membabitkan hukum bayaran zakat.
Mengulas perkara ini, Akhil berkata, dari kenyataan Nourul, dia mengandaikan yang Nourul tidak menyedari masih menyimpan cincin ini.
“Dia (Nourul) kata terjumpa. Bila terjumpa bukan dalam hukum menyimpan. Kalau simpan dia sedar tapi kalau ikut hukum dari kenyataan ini, tiada masalah untuk dia jual.
“Alhamdulillah, niatnya baik. Sama-sama kita mohon doa pada Allah mudah-mudahan amalannya diterima.
“Bagaimanapun suka untuk saya nasihatkan kepada sesiapa saja berkenaan hukum menyimpan dan memakai emas. Boleh rujuk kepada pusat zakat bagaimana nak menilaikan hal ini. Sekarang kita sudah ada sistem yang mudah,” katanya.
‘Cincin dah jadi hak mutlak, tak salah pun Nourul jual’- Akhil Hayy
Baca Artikel Menarik :
- Ku Li ajak rakyat tandatangan petisyen desak Parlimen diadakan segera
- Anak beranak tanam pokok ganja dalam banglow
- Resepi asam pedas ikan pari
- Moratorium bukan automatik dan ada faedah dikenakan
- TMJ minta pastikan tiada rakyat Johor kelaparan
- Keprihatinan DYMM Sultan Johor Terus Membantu Mangsa Covid-19
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.