Geng kongsi gelap langgar SOP dicekup
Geng kongsi gelap langgar SOP dicekup
KULIM: Sebelas individu dipercayai terbabit dengan kegiatan kongsi kelap Geng 35 ditahan polis di Kulim, semalam selepas video 15 orang berkumpul dalam rumah bagi sambutan Hari Bapa tular.
Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat dalam satu kenyataan, hari ini berkata, polis mengesan video berdurasi 44 saat itu di TikTok, 7 malam tadi menunjukkan lelaki memotong kek merah kuning berbentuk nombor 35
Beliau berkata, tangkapan dilakukan bermula 10 malam tadi secara berperingkat di daerah Kulim.
“Hasil risikan yang dilakukan mendapati kejadian berlaku di salah sebuah rumah suspek yang meraikan sambutan Hari Bapa.
“Kesemua individu berusia 25 hingga 61 tahun itu hanyalah kenalan yang turut serta dalam sambutan majlis itu.
“Bagaimanapun polis percaya kesemua yang ditahan itu mempunyai kaitan dengan kongsi Gelap Geng 35 dan beberapa rampasan seperti telefon bimbit serta cincin dibuat untuk membantu siasatan,” katanya.
Kamarul Zaman berkata, kesemua suspek dibawa ke mahkamah untuk tahanan reman.
“Dalam video itu juga, didapati 15 individu berkumpul dalam sebuah rumah tanpa penjarakan fizikal.
“Ianya jelas melanggar Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPP) 2021 dan laporan polis dibuat sejurus selepas itu.
“Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966 dan Peraturan 10(1) PPDPP 2021,” katanya. HM
Geng kongsi gelap langgar SOP dicekup
Baca Artikel Menarik :
- SPRM tahan eksekutif sebuah pasar raya
- Lekas daftar ambil vaksin COVID-19 – Azizulhasni
- Potong gaji CEO bank, bukan buang pekerja
- Kerana sebungkus bihun, warga emas disamun
- ISU STAFF DILANGGAR LARI – SHUIB NEKAD TUNTUT KEADILAN
- Resepi udang rangup salut wantan
Layari Laman Facebook MYKMU
Muhyiddin Berdepan Dengan Undi Tidak Percaya?
You must be logged in to post a comment.