Kami hantar anak ke sekolah untuk tuntut ilmu, tapi dirogol guru sendiri

Kami hantar anak ke sekolah untuk tuntut ilmu, tapi dirogol guru sendiri

‘Kami terlalu kecewa, marah dan sedih dengan apa yang menimpa anak-anak kami. Apa dosa mereka sehingga diperlakukan begitu?’

Itu adalah reaksi para ibu bapa 12 pelajar sekolah pondok yang menjadi mangsa rogol oleh seorang guru di Cibiru, Bandung.



Ketua Pusat Khidmat Bersepadu Pemerkasaan Wanita dan Kanak-Kanak (P2TP2A) Garut, Diah Kurniasari Gunawan berkata, dia sendiri tidak mampu menahan air mata melihat kesedihan dan kekecewaan yang dialami oleh ibu bapa semua pelajar tersebut.

Katanya, golongan ibu bapa itu kecewa apabila menyangkakan anak-anak mereka dihantar ke sekolah pondok itu untuk menuntut ilmu, namun, menjadi mangsa nafsu serakah guru tidak bertanggungjawab.

“Mereka (ibu bapa) berasa seolah-olah dunia ini sudah kiamat. Ada seorang bapa menangis teresak-esak selepas anak perempuannya menyerahkan bayinya yang berusia empat bulan.

“Bayi itu adalah hasil perbuatan terkutuk guru tersebut. Bayangkan apa yang mereka rasa selepas mengetahui anak-anak mereka menjadi mangsa rogol?,” kata Diah ketika menyertai pertemuan antara ibu bapa dan pelajar yang menjadi mangsa selepas mereka dibawa keluar dari sekolah pondok itu oleh polis.



Selain itu, Dia juga memaklumkan, ibu bapa semua pelajar tersebut bimbang memikirkan bagaimana dengan nasib dan masa depan anak-anak mereka.

Katanya, P2TP2A menawarkan pelbagai sokongan dan bantuan kepada ibu dan pelajar yang menjadi mangsa, termasuk bayi yang dilahirkan.

“Jika tiada keluarga ingin menerima bayi yang dilahirkan, kami akan uruskan hak penjagaan kepada keluarga angkat.

“Kami faham situasi ini kerana ibu bapa semua pelajar itu bukanlah orang senang. Mungkin pada mulanya mereka tidak mahu menerima bayi itu, namun itu darah daging mereka, lambat-laun pasti akan sayang,” ujarnya.



Sementara itu, ada seorang mangsa yang mempunyai dua anak hasil dirogol guru durjana tersebut dan pelajar itu baru berusia 14 tahun.

Media tempatan melaporkan, perbuatan guru tersebut terbongkar selepas ibu bapa seorang daripada mangsa mengesyaki anaknya mengandung sebelum melakukan pemeriksaan kesihatan. Utusan

Kami hantar anak ke sekolah untuk tuntut ilmu, tapi dirogol guru sendiri


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Berjoget lepas sah cerai depan pejabat agama

‘Asean Lady’ Milik Vincent Tan Akan Dijual Pada Harga RM143 Juta



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker