Parti seks di kondo

Sebaran :


Parti seks di kondo. Makin menjadi-jadi sekarang ini parti seks di kondo.

Ketagihan untuk berhibur selain melakukan aktiviti bebas seperti seks rambang dan penyalahgunaan dadah mendorong sesetengah pihak menjadikan hotel-hotel mahal dan kondominium mewah sebagai lokasi melepas gian sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh.

Tidak cukup dengan itu, pihak terbabit juga licik apabila hanya berurusan dengan ejen-ejen atau orang tengah untuk membuat tempahan bagi mengelak kegiatan kotor mereka terbongkar.

Mendedah perkara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, modus operandi kumpulan terbabit sebenarnya telah diguna pakai sejak pelaksanaan PKP pertama tahun lalu.

“Semakan mendapati golo­ngan ‘kaki enjoy’ ini akan menjadikan hotel mahal atau kondominium mewah sebagai tempat melakukan parti liar bagi mengelak kegiatan mereka dihidu pihak berkuasa.

“Kondominium mewah bia­sanya dilengkapi sistem kese­lamatan yang canggih seperti akses kad untuk ke parkir dan menaiki lif. Ia menyukarkan orang luar untuk keluar masuk dan hanya pemilik kediaman yang dibenarkan masuk.

“Selain itu, harga sewa kondo yang lebih murah berbanding sebelum PKP juga turut menarik minat mereka untuk berhibur di lokasi tersebut,” katanya kepada Kosmo!.

Terdahulu, beberapa siri serbuan dan tangkapan telah dibuat polis Kuala Lumpur mengenai aktiviti parti liar yang diadakan oleh kumpulan tertentu sepanjang pelaksanaan PKP Penuh.

Dalam serbuan itu, polis turut membongkar pelbagai kegiatan tidak bermoral yang diadakan di hotel-hotel dan kondo mewah termasuk aktiviti penyalahgunaan dadah dan seks bebas.

Kosmo! difahamkan, kumpulan ini memilih kondo mewah sebagai lokasi pesta liar kerana harga sewaan yang murah sepanjang PKP iaitu sekitar RM2,400 berbanding RM3,000 sebelum ini.

Mengulas lanjut, Nasri berkata, kumpulan ini juga sentiasa menukar lokasi penganjuran parti liar mereka bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

“Hasil siasatan awal mendapati, kumpulan ini tidak hanya bergerak sendiri, sebaliknya mereka menggunakan khidmat ejen atau orang perantaraan yang akan membantu mencari tempat berhibur yang sesuai, selamat dan selesa.

“Mereka biasanya akan berhibur secara beramai-ramai dalam satu kumpulan dan hanya disertai oleh kawan rapat yang dikenali bagi mengelak kegiatan itu terbongkar kepada umum,” ujarnya.

Tambah beliau, meskipun lokasi berkenaan dalam kategori mewah dan diyakini selamat da­ripada pengetahuan umum, namun polis tiada halangan untuk menyerbu lokasi tersebut.

“Mewah atau tidak, kita akan serbu. Sebaik memperoleh maklumat berkenaan kegiatan itu, pasukan kita akan buat risikan sebelum melakukan serbuan secara bersepadu bersama-sama dengan agensi dan jabatan lain,” tegasnya. K Online

Parti seks di kondo


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Isteri bela anak ikan


Sebaran :

Leave a Reply