Lagi kejadian tembakan rambang di AS

Lagi kejadian tembakan rambang di AS

Lagi kejadian tembakan rambang di AS yang menyebabkan seorang terbunuh dan berbelas-belas lagi cedera apabila seorang penembak yang menaiki sebuah kenderaan utiliti lasak (SUV) melepaskan tembakan secara rambang di lapan lokasi di pinggir bandar Phoenix, Arizona pada Khamis.

Bagaimanapun, lelaki yang melepaskan tembakan itu kemudian ditangkap selepas anggota-anggota pihak berkuasa berjaya memintas SUV tersebut dan menariknya keluar dari kenderaan terbabit.

Dia berjaya ditangkap polis selepas seorang anggota bomba mengenal pasti kenderaan dinaikinya itu adalah sama dengan gambaran yang diberikan kepada anggota-anggota keselamatan dan pertahanan awam.



Ketika penembak itu ditangkap terdapat sepucuk pistol yang ditemui di dalam kenderaannya.

“Kami tidak mengetahui motif dia melakukan kejadian itu,” kata seorang jurucakap polis, Brandom Sheffert seperti dilaporkan oleh AFP.

Dalam kejadian itu, empat orang ditembak dengan salah seorang daripadanya terbunuh, kata polis.

Sembilan orang lagi cedera ringan termasuk terkena serpihan kaca. – Agensi



Lagi kejadian tembakan rambang di AS


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Polis sah terima laporan terhadap Takiyuddin



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker