Suarez anggap Messi bukan sahabat atas padang COPA America

Suarez anggap Messi bukan sahabat atas padang COPA America
Suarez anggap Messi bukan sahabat atas padang COPA America

 

Suarez anggap Messi bukan sahabat atas padang COPA America

BRASILIA: Bintang Uruguay, Suarez anggap Messi bukan sahabat atas padang Copa America, apabila terlibat dalam pertembungan esok (pukul 8 pagi waktu Malaysia).

Kedua-duanya akan bertembung di Stadium Nasional di Brasilia bagi mewakili negara masing-masing melibatkan Uruguay dengan Argentina dalam aksi Kumpulan B nanti.

Jelas pemain Atletico Madrid itu, dia sangat rapat de­ngan bekas rakan sepasukannya itu ketika di Barcelona, melainkan sewaktu berada di atas padang.

“Saya dan Leo adalah sahabat, tetapi jika di atas padang, tiada istilah rakan karib. Situasi yang sama apabila jika saya menentang Barcelona atau Argentina.

“Argentina sangat sukar untuk difahami dan mencabar. Kami akan pastikan Uruguay tidak membuka peluang kerana mereka sangat hebat di bahagian serangan.

“Bagaimanapun, kami sedia memanfaatkan kekurangan yang mereka ada. Setiap pasukan pasti ada kekurangan dan kelebihan,” kata Suarez.

Uruguay dijangka menggan­dingkan dua mesin gol terhebat mereka iaitu Suarez dan Edinson Cavani di barisan hadapan untuk berdepan Argentina.

Suarez membantu Atletico memenangi gelaran La Liga musim ini dengan menyumbang 21 gol, manakala Cavani 17 jaringan bersama Manchester United, yang menamatkan kempen di tempat kedua Liga Perdana Inggeris. – AGENSI

Suarez anggap Messi bukan sahabat atas padang COPA America


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


 

Wanita hilang kerja, cuba terjun dari kondo

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker