Wanita hilang kerja, cuba terjun dari kondo


Wanita hilang kerja, cuba terjun dari kondo.

Tindakan pantas anggota bomba berjaya memujuk dan menyelamatkan seorang wanita yang cuba terjun dari tingkat 32 sebuah kondominium di Sungai Buloh, Selangor semalam akibat tertekan kerana dihentikan kerja dan dihalau dari rumah sewa.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, 19 anggota bersama sebuah jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 7.52 malam Khamis.

“Setiba di lokasi, seorang wanita berada di tepi bangunan di tingkat 32 kondominium berkenaan dan cuba membunuh diri.

“Mangsa didapati mengalami masalah peribadi kerana kehilangan kerja dan dihalau dari rumah sewa,” katanya dipetik Harian Metro dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pasukan penyelamat memasang tali keselamatan dan berjaya memujuk wanita itu menjauhi bahagian tepi kondominium itu.

Katanya, wanita itu kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. FMT

Wanita hilang kerja, cuba terjun dari kondo.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Dr Muhaya : Usah Bajet Baguslah [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker