Jual ‘Karipap’ RM6,000 sehari 9 wanita asing ditahan

Jual ‘Karipap’ RM6,000 sehari 9 wanita asing ditahan Polis disyaki menjalankan aktiviti pelacuran dengan meraih pendapatan lumayan sehingga RM6,000 sehari, dalam serbuan di sebuah kondominium di Jalan Sultan Ismail di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Mohamad Zainal Abdullah berkata mereka yang ditahan dalam operasi bermula kira-kira 2 petang hingga 6.30 petang itu terdiri daripada dua wanita warga Uzbekistan, dua wanita warga Filipina, dua wanita warga Belarus dan selebihnya masing-masing warganegara Rusia, Iran dan Ukraine, berumur 21 hingga 38 tahun.

“Hasil pemeriksaan di bilik di unit kondominium itu, polis menjumpai 26 keping kondom, lima botol minyak pelincir, 13 unit telefon bimbit, lima alat mainan seks, tujuh keping kad akses, wang tunai RM31,513 dan wang USD1,900,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohamad Zainal, siasatan awal mendapati wanita berkenaan mengenakan bayaran sebanyak RM1,000 untuk sejam bagi perkhidmatan seks yang ditawarkan melalui media sosial dan meraih pendapatan antara RM3,000 hingga RM6,000 sehari.

Beliau juga berkata kesemua suspek didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan tinggal melebihi tempoh yang ditetapkan.

“Kesemua suspek disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1953/63,” katanya.

Jual ‘Karipap’ RM6,000 sehari 9 wanita asing ditahan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Pelacur guna kondo tawar khidmat seks

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker