“Kalau Hanya Duduk Di Rumah, Mungkin Maut Yang Menunggu” – Penerima vaksin COVID-19
“Kalau Hanya Duduk Di Rumah, Mungkin Maut Yang Menunggu” – Penerima vaksin COVID-19
Itu pandangan seorang warga emas, Rodzee Razak ketika berkongsi kepentingan bagi setiap orang yang berkelayakan mengambil suntikan vaksin COVID-19.
Bahkan, kata Pengarah Multimedia berusia 63 tahun itu juga, berdoa sahaja tidak mencukupi, tetapi perlu bergerak serentak dengan usaha.
Rodzee merupakan antara 4,000 penerima dos vaksin Sinovac di PPV itu.
Sementara itu, ketua pengawal keselamatan, Saravanakumar Subramanian, 52, berkata, rakyat Malaysia tidak perlu bimbang kerana sebarang vaksin yang memasuki negara hanya akan diberikan selepas menjalani beberapa fasa ujian.
“Jadi jangan berlengah-lengah, daftar diri anda semua. Lindungi diri lindungi yang lain,” ujarnya.
Dalam pada itu, seorang pesara, Mohd Zahari Nordin, 63, yang mempunyai penyakit komordibiditi seperti darah tinggi dan sakit jantung berkata, dia dimaklumkan mengenai kebaikan vaksin oleh seorang doktor yang memeriksannya sebelum hatinya tergerak untuk mendaftar.
“Saya ada darah tinggi dan pernah diserang minor strok tiga tahun lepas, selepas mendengar penjelasan yang diberi doktor, saya terus mendaftar untuk menerima vaksin COVID-19, hari ini.
“Adik saya yang ada sakit jantung juga selesai terima (vaksin) dos pertama baru-baru ini. Jadi jangan bimbang,” katanya mengingatkan rakyat Malaysia yang mempunyai perasaan kurang yakin pada vaksin COVID-19 agar segera mengikis pandangan sedemikian.
Sementara itu, tinjauan Astro AWANI di PPV KLCC mendapati pematuhan prosedur operasi standard (SOP) berada di tahap yang tinggi dengan 1,120 kerusi disediakan kepada penerima vaksin.
Malah mereka juga membahagikan tempat duduk berdasarkan waktu janji temu dari 30 minit hingga tiga jam.
Ini bermakna mereka yang datang awal daripada waktu janji temu masih dibenarkan masuk dan duduk di dalam dewan.
Menariknya, krew kabin AirAsia dan Malaysia Airlines (MAS) menjadi sebahagian daripada sukarelawan di PPV itu.
Berbeza dengan petugas MAS, sukarelawan AirAsia memakai pakaian pramugari dan melayan para penerima vaksin. Pun begitu, ia dilakukan secara berkala mengikut jadual.-Awani
“Kalau Hanya Duduk Di Rumah, Mungkin Maut Yang Menunggu” – Penerima vaksin COVID-19
Baca Artikel Menarik :
- Cara Islam rawat stres
- Suami isteri jual pau RM1 bagi teruskan kelangsungan hidup
- ‘Saya akan cari orang yang beria malukan saya’ – Amaran Tajuddin pada pengkritiknya
- Darurat: Jawatankuasa Khas patut nasihat Agong, bukan Kabinet
- Resepi Kari Ayam Kapitan
- Resepi Fettucine Carbonara Udang dan Cendawan
Layari Laman Facebook MYKMU NET
Wilayah di Pakistan sekat telefon bimbit individu enggan divaksin