Wilayah di Pakistan sekat telefon bimbit individu enggan divaksin

 

Wilayah di Pakistan sekat telefon bimbit individu enggan divaksin

Sebuah wilayah di Pakistan menyatakan, ia akan menyekat telefon bimbit individu yang enggan mendapat suntikan vaksin COVID-19.

Ini merupakan langkah terbaharu untuk menghukum mereka yang tidak mahu menerima vaksin di negara yang mana hanya sebahagian kecil penduduk telah divaksin.

Langkah itu diuar-uarkan selepas wilayah Sindh menyatakan penjawat awam yang enggan menerima vaksin tidak akan dibayar gaji mulai bulan Julai.

“Pada mulanya ini hanyalah cadangan, tetapi orang ramai sangat ragu-ragu untuk mendapatkan vaksin sehingga keputusan itu dibuat,” kata jurucakap Jabatan Kesihatan Punjab, Hammad Raza, hari ini.



Hammad berkata, agensi telekomunikasi negeri akan memutuskan bagaimana langkah tersebut bakal dilaksanakan.

Pelaksanaan vaksinasi di seluruh Pakistan meningkat dalam beberapa minggu kebelakangan ini, dengan lebih daripada 200,000 dos diberikan hampir setiap hari, bagaimanapun jumlah keseluruhan individu yang telah divaksin masih sedikit berbanding jumlah keseluruhan penduduk Pakistan seramai 220 juta.

Hampir 10.5 juta dos telah diberikan, dengan China menyediakan sebahagian besar vaksin.

Tetapi kebimbangan mengenai kesan sampingan dari suntikan itu, ditambah dengan maklumat yang salah bahawa ia menyebabkan kemandulan atau kematian dalam dua tahun, telah menimbulkan keraguan vaksin.

 

Pondan durjana ber’insta lucah dengan kanak-kanak direman 3 hari

“Tahap pendidikan Pakistan rendah. Orang juga menyebarkan khabar angin dan maklumat salah mengenai vaksin.



“Jadi kempen informasi oleh kerajaan tidak berkesan untuk jangka pendek. Mereka harus menggunakan undang-undang untuk memastikan semua orang mendapat vaksin,” kata ketua Persatuan Doktor Muda Pakistan, Salman Haseeb kepada AFP.

Gelombang ketiga jangkitan mulai stabil di Pakistan setelah beberapa minggu sekatan ketat, bagaimanapun di Punjab – wilayah paling ramai penduduk di negara itu termasuk kota Lahore – permintaan terhadap vaksin semakin perlahan.

Sementara itu, penduduk tempatan turut memberi reaksi terhadap pelaksanaan sekatan tersebut.

“Akan sukar bagi saya jika saya tidak dapat menggunakan telefon saya, tetapi saya sangat takut dengan vaksin,” kata Saima Bibi, seorang pekerja di Lahore.



Di bawah inisiatif baru, mereka yang mendapat vaksin akan diizinkan masuk ke pawagam, ruang perayaan dan kuil, manakala sekatan akan ditarik semula untuk perniagaan di daerah yang telah mencapai lebih daripada 20 peratus penduduk divaksin.

Pusat vaksin bergerak juga akan didirikan di luar kuil untuk mendekati orang ramai di kawasan luar bandar.

Pakistan telah mencatatkan lebih daripada 940,000 jangkitan dan 21,500 kematian, tetapi dengan ujian terhad dan sektor penjagaan kesihatan yang parah, ramai takut tahap sebenar penyakit ini jauh lebih teruk.

Data kebangsaan juga menunjukkan bahawa sekitar 300,000 penerima dos pertama vaksin COVID-19 belum kembali untuk dos kedua. – Agensi

 

Wilayah di Pakistan sekat telefon bimbit individu enggan divaksin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Saya nak hadiah gajet untuk perakam test drive – Sanusi

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Check Also
Close
Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker