Hina Allah: Syarikat pesanan makanan lepas tangan?

Hina Allah: Syarikat pesanan makanan lepas tangan?

Hina Allah: Syarikat pesanan makanan lepas tangan?

KUALA LUMPUR – Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (Penghantar) mempersoalkan tindakan sebuah syarikat penghantar makanan yang didakwa ‘lepas tangan’ berhubung pergaduhan melibatkan isu sensitif antara penghantar makanan dan seorang pelanggan baru-baru ini.

Presidennya, Zulhelmi Mansor berkata, syarikat terbabit perlu menyelesaikan masalah itu kerana insiden itu tercetus didakwa berpunca akibat kegagalan perkhidmatan menyaring pengguna sebelum dibenarkan membuat pesanan.



“Kita dapat makluman pihak syarikat pesanan makanan ini tidak ambil tahu tentang isu ini, malah tidak mahu mengambil tanggungjawab ini

“Macam mana sistem aplikasi pesanan makanan ini boleh membenarkan nama itu dipakai (hina Allah), kalau ada sistem, mesti boleh kesan. Ini pun punca menyebabkan kejadian tidak sihat ini,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Semalam, badan bukan kerajaan (NGO) itu membuat laporan polis terhadap syarikat pesanan makanan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya bagi menggesa majikan petugas barisan hadapan itu disiasat.

Terdahulu, seramai enam lelaki warga tempatan terdiri daripada lima penghantar makanan dan seorang pelanggan ditahan selepas terlibat dalam satu pergaduhan melibatkan sensitiviti keagamaan di Sungai Way, Petaling Jaya pada Jumaat lalu.



Kejadian dipercayai berlaku selepas seorang pelanggan telah menggunakan nama yang menyentuh sensitiviti umat Islam iaitu Ardilas anak Allah Taala Tuhan Allah Taala ketika membuat pesanan kepada penghantar makanan yang beragama Islam.

Zulhelmi juga berharap agar pihak berkuasa dapat menyiasat secara terperinci dan bertindak tegas tanpa kompromi kepada mana-mana pihak yang cuba mencetuskan provokasi agama itu.

“Penghantar menyerahkan perkara ini kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan terperinci dan berhadap perkara yang menyentuh sensitiviti ini tidak berulang,” katanya lagi. MG

Hina Allah: Syarikat pesanan makanan lepas tangan?


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU NET


Polis tahan 6 rider Foodpanda kes pukul pelanggan hina Allah [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker