Laporan kemalangan LRT dibentang esok, kata Wee

 

PUTRAJAYA: Laporan siasatan kemalangan membabitkan tren Transit Aliran Ringan (LRT) pada 24 Mei lepas akan dibentangkan pada mesyuarat Kabinet esok, kata Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasminya hari ini Wee berkata, laporan itu disediakan oleh jawatankuasa siasatan yang terdiri daripada sembilan anggota dan diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Isham Ishak.

Wee yang berpuas hati dengan hasil laporan tersebut turut berkata bahawa ia dibuat secara profesional, komprehensif dalam perinciannya serta diselesaikan dalam tempoh 14 hari yang diberikan kepada jawatankuasa itu.

“Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan Jawatankuasa Siasatan atas usaha keras beberapa hari ini, bertungkus-lumus siang malam, termasuk turun padang ke Pusat Kawalan Operasi (OCC) LRT Kelana Jaya, membuat sesi simulasi di tempat kejadian, temu siasat serta meneliti dokumen panduan operasi berkaitan,” katanya.

Sibuk jadi PM punca Najib jatuh

Insiden pada pukul 8.33 malam 24 Mei lepas mengakibatkan sebuah tren tanpa penumpang bertembung dengan sebuah lagi tren yang membawa 213 penumpang dalam terowong antara stesen LRT Kampung Baru dan stesen LRT KLCC.

Berkongsi mengenai isi kandungan laporan yang sedang diteliti itu Wee berkata, terdapat beberapa cadangan untuk meningkatkan keselamatan serta prosedur operasi standard (SOP) tren Rapid Rail.

“Bukan setakat meningkatkan mutu perkhidmatan Rapid Rail, tetapi penemuan dan cadangan ini juga akan dapat meningkatkan infrastruktur perkhidmatan kereta api Malaysia untuk jangka panjang,” katanya.

Apa keperluan Sabah belanja RM15 juta beli 10,000 komputer riba, soal Rahman Dahlan

Laporan kemalangan LRT dibentang esok, kata Wee

 


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Selepas Ceroboh Ruang Udara China Ceroboh Pula Perairan Negara

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker