Satu Dos Ubat, RM10.56 juta Ubat Termahal Di Dunia

Sebaran :

Satu Dos Ubat, RM10.56 juta Ubat Termahal Di Dunia

Satu Dos Ubat, RM10.56 juta Ubat Termahal Di Dunia

London: Seorang bayi yang juga penghidap pesakit atrofi otot spina (SMA) mendapat peluang kedua untuk hidup selepas diberi ubat paling mahal di dunia.

Ubat Zolgensma itu berharga 1.8 juta Pound Sterling (kira-kira RM10.56 juta) untuk setiap dos.

Ia sekali gus menjadikan bayi berusia lima bulan bernama Arthur itu menjadi individu pertama di United Kingdom (UK) yang menerima ubat berkenaan.

Satu Dos Ubat, RM10.56 juta Ubat Termahal Di Dunia

Mirror UK melaporkan, ia hasil usaha doktor di Hospital Kanak-Kanak Evelina London yang membantu menyelamatkan nyawa bayi berkenaan.

Ia selepas Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) mengadakan perjanjian dengan pengeluar ubat berkenaan.

Satu Dos Ubat, RM10.56 juta Ubat Termahal Di Dunia

Zolgensma diperbuat oleh firma Switzerland adalah ubat paling mahal di dunia.

Satu dos mencukupi untuk membolehkan bayi itu dapat duduk, merangkak dan berjalan.

Difahamkan, Arthur dimasukkan ke hospital pada 25 Mei lalu bagi menjalani terapi gen Zolgensma untuk gangguan tulang belakang akibat penyakit SMA tahap satu.

Pada awalnya, doktor menjangkakan Arthur boleh hidup selama dua tahun saja selepas melihat keadaannya.

Bagaimanapun, kajian mendapati ada satu rawatan boleh membantu bayi SMA tahap satu untuk duduk, merangkak dan berjalan.

Selain itu, ia dapat mencegah pesakit daripada terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan dengan mengambil ubat paling mahal di dunia itu.

Dalam pada itu, bapa bayi itu, Reece Morgan, 31, berkata, dia menangis apabila doktor memberitahu Arthur akan menerima ubat berkenaan.

“Kami masih tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa depan, tetapi cuba memberi peluang terbaik kepada Arthur untuk hidup,” katanya.

Satu Dos Ubat, RM10.56 juta Ubat Termahal Di Dunia

Satu Dos Ubat, RM10.56 juta Ubat Termahal Di Dunia


   Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Wanita Alami Penyakit Ketawa Hingga Tahap Tertidur


Sebaran :

One thought on “Satu Dos Ubat, RM10.56 juta Ubat Termahal Di Dunia

Leave a Reply