Halaman Wikipedia Jaafar Onn Dicemari ‘FAKTA’ Palsu

 

Halaman Wikipedia Jaafar Onn Dicemari ‘FAKTA’ Palsu

HALAMAN Wikipedia artis tanah air Jaafar Onn dikesan dikhianati dan dirosakkan dengan suntingan fakta tidak benar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.



Semakan di halaman Wikipedia artis tersebut mendapati pihak yang melakukan suntingan secara sengaja meletakkan latar belakang artis itu yang tiada kaitan dengan kerjayanya sebagai penghibur, pengacara dan pelawak tanah air.

Menurut catatan di halaman tersebut, Jaafar Onn boleh bernyanyi dan telah kolaborasi dan menghasilkan sebuah lagu yang berjudul “Memori Kismis” dengan band dan penyanyi terkenal dari Amerika Syarikat, Avenged Sevenfold dan Jason Derulo.

Suntingan dengan maklumat palsu dikesan di halaman itu sejak 27 Disember 2020 dengan kali terakhir disunting pada 18 Mei 2021.



Terdapat 24 suntingan dibuat di antara kedua-dua tarikh tersebut, lantas dilihat seakan cubaan untuk memburukkan imej Jaafar Onn sebagai artis yang telah lama bergiat dalam industri dunia hiburan tanah air.

Wikipedia merupakan laman web yang sering menjadi panduan pencari maklumat dan ia terbuka kepada sesiapa sahaja untuk membuat suntingan atau penambahan.

Wikipedia ialah ensiklopedia dalam talian percuma yang dihasilkan dan disunting oleh sukarelawan di seluruh dunia.

Ia dihoskan oleh Wikimedia Foundation, organisasi bukan berasaskan keuntungan.-Awani



Halaman Wikipedia Jaafar Onn Dicemari ‘FAKTA’ Palsu


   Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Gara-gara ‘syaitan’, Jaafar Onn popular

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker