Wanita Alami Penyakit Ketawa Hingga Tahap Tertidur



Sebaran :

Seorang wanita menghidap sejenis penyakit aneh yang akan membuatkannya tertidur setiap kali dia ketawa, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Bella Kilmartin, 24, disahkan menghidap penyakit narkolepsi ketika remaja selepas tertidur semasa menduduki peperiksaan.

Wanita yang berasal dari Birmingham, England itu kehilangan daya untuk mengawal kesemua ototnya apabila dia ketawa.



“Lutut saya menjadi lembik, kepala saya terkulai layu. Saya dalam keadaan sedar dan dapat mendengar, namun tidak dapat menggerakkan badan saya,” ujarnya.

Selain itu, Kilmartin turut mengalami satu keadaan yang dikenali sebagai cataplexy iaitu kelemahan otot secara tiba-tiba yang didorong oleh emosi yang kuat atau dalam kesnya, rasa ingin ketawa.

“Banyak kali berlaku keadaan di mana saya menuang cawan yang berisi teh panas ke atas diri sendiri, namun tidak dapat menggerakkan tangan untuk menghentikan teh itu daripada terus mengenai badan saya.



“Saya tidak dapat mengawal di mana ia berlaku, jadi ia amat menakutkan,” ujarnya.

Kilmartin disahkan menghidap penyakit itu sebaik sebelum meninggalkan sekolah pada 2015 dan mula berjumpa dengan pakar yang mengesahkan dia mempunyai sindrom cataplexy.

“Pernah suatu ketika apabila saya berada di dalam sebuah kolam renang, sesuatu yang lucu berlaku hingga membuatkan saya ketawa.



“Semua otot saya menjadi lemah dan saya hampir lemas dalam kolam,” katanya. – Agensi


Sebaran :


Leave a Reply