Lakukan sesuatu, semuanya huru-hara, Johari gesa kerajaan bertindak

Lakukan sesuatu, semuanya huru-hara, Johari gesa kerajaan bertindak

Lakukan sesuatu, semuanya huru-hara, Johari gesa kerajaan bertindak

Selepas “tidak cekap” menangani situasi Covid-19 di negara ini, kerajaan perlu bertindak pantas bagi memastikan jutaan rakyat mempunyai wang mencukupi untuk keperluan asas ketika “lockdown”, gesa bekas menteri kewangan kedua, Johari Ghani.

Beliau berkata, bantuan yang disalurkan kerajaan tidak seharusnya berdasarkan pendapatan semata-mata. Langkah ini hanya akan menemui kegagalan ketika jutaan rakyat bergelut untuk meneruskan kehidupan seharian.

“Pada awalnya, kita berjaya menguruskannya dengan baik sekali. Namun, sejak pertengahan tahun lalu, Lepas satu, satu masalah timbul. Sekarang kita bawah ‘lockdown’, dan saya amat bimbang akan nasib rakyat, terutamanya mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

“Setiap kali ‘lockdown’, pekerja sektor tidak formal dan yang bekerja sendiri paling terkesan kerana bergantung kepada pendapatan harian,” kata beliau kepada FMT.

Tambah beliau, terdapat kira-kira 3.92 juta individu termasuk dalam kategori tersebut, menurut data Jabatan Perangkaan.

Bekas Ahli Parlimen Titiwangsa

Johari, yang juga bekas Ahli Parlimen Titiwangsa berkata, kerajaan seharusnya merangka strategi yang lebih terperinci bagi memastikan keperluan golongan rentan dapat dipenuhi.

Beliau berkata, banyak aduan sewaktu perintah kawalan pergerakan (PKP) yang pertama mengatakan bantuan yang disalurkan tidak diterima golongan sasar.

Laporan terbaru Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) turut memberi petunjuk bahawa golongan miskin bandar di negara ini masih bergelut, tambahnya.

Ini menunjukkan ketidakpadanan antara bantuan yang diperlukan rakyat dengan bantuan yang ditawarkan, katanya.

“Kita perlu semua wakil rakyat dan Ahli Parlimen turun padang dan mengenal pasti mana-mana individu atau keluarga yang tidak mampu untuk membeli makanan serta keperluan harian.

“Jabatan Kebajikan juga hendaklah bekerjasama dengan wakil rakyat bagi mengagihkan bantuan serta memastikan tiada yang ketinggalan,” katanya.

Johari berkata, kerajaan persekutuan mesti memperuntukkan dana dengan segera untuk pembelian barang-barang keperluan, yang boleh diperoleh dari kawasan masing-masing untuk membantu memacu ekonomi tempatan.

‘Lockdown’ penuh yang sebaiknya

Johari berkata, walaupun beliau setuju “lockdown” penuh diperlukan, berdasarkan situasi semasa Covid-19, kerajaan perlu mempunyai strategi yang tepat untuk mengelak daripada terpaksa menggunakan langkah-langkah sebegitu.

“‘Lockdown’ berulang kali akan membawa kesan buruk kepada ekonomi, bukan hanya kerana ia menjejaskan permintaan segera pasaran, tetapi juga mencetuskan ketidakpastian,” katanya.

Kata beliau, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga tidak membantu dengan mengeluarkan arahan yang tidak jelas, mencetuskan kekeliruan sekaligus mengurangkan keyakinan pelabur.

“Kesannya, kita melihat perniagaan terpaksa dikecilkan dan tidak lagi mengambil kakitangan,” katanya.

“Ini kerana ketidakpastian dasar kerajaan menghalang mereka melabur untuk beroperasi atau meluaskan operasi. Lebih buruk lagi, mereka terpaksa tutup terus operasi.”

Justeru, kerajaan perlu lebih jelas mengenai apa yang dimaksudkan sektor perlu.

“Bagi saya, hanya industri makanan dan minuman, termasuk yang berkaitan dengan rangkaian bekalan dan pengagihan produk,” kata Johari.

“Memandangkan banyak kluster tercetus di tempat kerja, terutamanya kilang, kerajaan hendaklah mengarahkan ia ditutup dan menjalankan saringan besar-besaran bagi semua pekerja, baik tempatan mahupun asing, biarpun kilang berkenaan menghasilkan produk eksport yang penting, seperti barangan elektrik dan sarung tangan perubatan.”

Johari mencadangkan Putrajaya untuk bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan bagi mengendalikan saringan besar-besaran, kuarantin, pendidikan kesihatan, serta tindakan penguatkuasaan.

Strategi keluar

Johari berkata, apa yang masih belum jelas kepada orang awam, pasaran serta pelabur adalah langkah atau strategi keluar Malaysia bagi krisis ini.

“Sudah setahun sejak wabak Covid-19 melanda, tetapi kita masih lagi seperti tiada hala tuju. Tiada siapa tahu cara untuk keluar, apatah lagi bila kita akan dapat keluar dari bahaya,” katanya.

Namun, kata beliau, apa yang jelas adalah vaksin menjadi pertaruhan terbaik kita untuk memerangi wabak ini dan menjadi kunci kepada pemulihan ekonomi.

“Apa yang saya bimbangkan adalah jika melihat keadaan semasa, sasaran kerajaan untuk mencapai imuniti kelompok menjelang hujung tahun ini tidak akan tercapai,” katanya.

“Jelas sekali bahawa kita tidak cukup pantas ketika jangkitan baharu dan angka kematian semakin meningkat. Minggu lalu, kita mencapai purata 7,000 kes positif dengan 60 kematian sehari, malah unit rawatan rapi (ICU) kita juga sudah mencapai kapasiti maksimum.”

Johari berkata, bagi menambah baik proses imunisasi, kerajaan digesa untuk menguruskannya dengan efisien dan telus.

“Dedahkan kepada umum kos bagi setiap dos vaksin, dedahkan syarikat mana yang dilantik untuk menguruskan proses imunisasi di pusat vaksin dan berapa banyak yang dibelanjakan kerajaan bagi tujuan itu,” katanya.

Beliau juga berkata, kerajaan perlu mendedahkan apa yang telah dibelanjakan dengan dana Kumpulan Wang Amanah Negara bernilai RM5 billion, serta mengemukakan pecahan perbelanjaannya secara terperinci.

Vaksin dibeli secara langsung

Tambahnya, kerajaan perlu turut menjelaskan sama ada vaksin dibeli secara langsung daripada pembuat, atau daripada ejen dilantik syarikat farmaseutikal, yang berpangkalan di Malaysia.

“Jika beli melalui ejen, berapa banyak kuantiti yang dibenarkan bagi setiap ejen untuk import?”

Beliau juga meminta kerajaan menjelaskan isu berkaitan syarikat lantikan kerajaan yang menawarkan vaksin kepada kakitangan dengan bayaran RM50.

“Adakah perkhidmatan ini terbuka kepada kakitangan syarikat lain?

“Jika mahu program imunisasi ini berjaya, kerajaan perlu mendapatkan kepercayaan rakyat, yang hanya akan diperoleh melalui ketelusan,” kata beliau.

Melaporkan perkembangan mingguan

Johari berkata, kerajaan seharusnya melaporkan perkembangan mingguan mengenai baki stok vaksin, jumlah yang diperuntukkan kepada negeri-negeri, serta jadual bekalan vaksin dijangka tiba.

Selain itu, beliau turut mencadangkan agar kerajaan membenarkan pengambilan vaksin secara “walk-in”, berdasarkan konsep “siapa cepat, dia dapat”, terutamanya di negeri-negeri yang mencatatkan bilangan penerima gagal hadir tertinggi.

“Ini akan mengoptimakan bekalan vaksin. Kerajaan perlu membenarkan hospital swasta memperolehi bekalan vaksin mereka sendiri. Kenapa hospital swasta tidak dibenarkan mengimport vaksin atas tanggungan mereka sendiri?

“Tiada gunanya melantik 2,500 pengamal perubatan awam dan membenarkan hospital swasta menjalankan vaksinasi jika mereka terpaksa tunggu bekalan daripada kerajaan,” katanya.

Johari turut menggesa kerajaan berhenti memberikan layanan istimewa kepada VVIP dan keluarga mereka. FMT

Lakukan sesuatu, semuanya huru-hara, Johari gesa kerajaan bertindak


   Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Berkorbanlah untuk 2 minggu ini, tutup sektor ekonomi secara total, kata Tok Mat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker