Baru dua hari lockdown tapi makin serabut – Netizen

Baru dua hari lockdown tapi makin serabut – Netizen

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia semakin lantang bersuara mempersoalkan rasional pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lebih ketat jika semakin banyak sektor ekonomi dilonggarkan pada hari kedua perintah tersebut.

Ia susulan kenyataan demi kenyataan mengenai kebenaran operasi sektor ekonomi dikeluarkan.

Antaranya kelulusan operasi sektor sawit, getah dan koko, penjaja kecil dan subsektor perabot serta produk kayu-kayan.

Menerusi Facebook Najib Razak, rata-rata warga maya kecewa dengan pendekataan PKP ini.

Pemilik akaun bernama NC Choong berkata, dia kecewa dengan apa yang sedang berlaku sekarang apabila kes jangkitan terlalu tinggi, kluster bertambah dan jumlah kematian juga ramai.

Katanya, kerajaan mesti serius melaksanakan PKP untuk menurunkan kes jangkitan dan kematian memandangkan ramai rakyat belum menerima vaksin.

”Nyawa rakyat di tangan kerajaan,” katanya.

Baru dua hari tetapi semakin serabut dan haru-biru.

Tok Yie Janggut pula berkata, baru dua hari tetapi semakin serabut dan haru-biru.

”Masuk hari ke 14..nanti adalah perutusan lockdown gagal..tambah lagi 2 minggu, rakyat salah tak ikut SOP..macam tu lah sampai bang jamil mampus..rakyat yang biasa terpaksa lah hadap..nak rentas negeri hujung minggu balik tanam anak getah, anak kelapa kat kebun pun susah…huhuhu,” katanya.

Manakala pemilik akaun Muhd Nazim berkata: “Apa sebenarnya drang nk buat ni ekk, baru 2 hari🤦🏻‍♂️tak faham la, jgn la menyusahkan rakyat tlg la kerajaan!!!!!nk lockdown tu biar btul2 laa!!!!jgn kejap bkak kjap tutup”.

Menurut Suhaili Saim: “Kita tunggu lepas 14 hari, kalau kes turun, kerajaan akan puji diri sendiri, kalau kes tak turun, akan salahkan rakyat”.

Seorang warganet, Mohd Zaki pula menempelak dengan menambah, kata Fasa 1 PKP akan diperketatkan dan fasa kedua baru ada kelonggaran.

” Tapi yang terjadi, HARI KE 2 DAH TERUS JADI MAKIN LONGGAR!,” ujarnya.

Sementara itu, Alias Aliastaib mempersoalkan untuk apa darurat dan total lockdown tetapi banyak kilang di benarkan operasi.

”..yg cari makan sendiri kena kurung..kebodohan tahap gaban..,” ujarnya. Awal Asharom pula berkata: ”Apa yg kerajaan skrg cuba lakukan??…mmg diaorg suka agaknye kes covid 19 ni meningkat setiap hari…,,” katanya.

Dalam pada itu Datuk Seri Najib Razak berkata, hanya 14 hari pun kerajaan tak berani melakukan total lockdown walaupun keadaan Covid-19 tersangat kritikal.

Malaysia hari ini masih merekodkan kes jangkitan Covid-19 melepasi 7,000.

Lebih menyedihkan buat kali pertama kes kematian akibat wabak itu merekodkan tiga digit kepada 126, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian bertambah menjadi 2,993. MG

Baru dua hari lockdown tapi makin serabut – Netizen


   Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Pertengkaran panas antara menteri tercetus selepas MITI benar 95,000 syarikat beroperasi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker