Batal kompaun pekerja, MTUC gesa ambil tindakan tegas atas kilang plastik

Sebaran :

Batal kompaun pekerja, MTUC gesa ambil tindakan tegas atas kilang plastik

Batal kompaun pekerja, MTUC gesa ambil tindakan tegas atas kilang plastik

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengecam pengurusan sebuah kilang pembuatan plastik di Taman Medan, dekat sini pada malam Selasa lalu yang gagal mematuhi SOP sehingga mengakibatkan pekerjanya turut dikompaun.

Pemangku Presiden MTUC, Mohd Effendy Abdul Ghani menyifatkan tindakan pengurusan kilang itu melampau, tidak adil serta penindasan terhadap pekerjanya.



Beliau merujuk laporan media berhubung seorang pemilik kilang plastik dikompaun RM10,000, selepas disyaki melanggar SOP kerana beroperasi melebihi masa ditetapkan dalam tempoh sekatan pergerakan penuh.

Lapan pekerja kilang itu masing-masing juga dikompaun RM2,000 di bawah kesalahan sama.

“MTUC sangat terkejut dengan laporan media yang memaklumkan tindakan pihak pengurusan kilang berkenaan.


“Sewajarnya pihak majikan hendaklah dipertanggungjawabkan sepenuhnya di atas pelanggaran SOP tersebut dan adalah wajar dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, tindakan tegas juga perlu diambil terhadap pengurusan kilang tersebut yang mengambil kesempatan terhadap pekerja, bukannya menjadikan pekerja sebagai mangsa keadaan.

“MTUC berpendirian dalam isu ini bukan kesalahan pekerja tersebut kerana pekerja tiada kawalan terhadap waktu kerja yang ditetapkan pengurusan.

“Pihak pengurusan kilang hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang tindakan yang dikenakan, termasuk kompaun. Pekerja hanya menjalankan kerja mereka mengikut arahan pihak kilang demi kelangsungan hidup, pekerjaan dan pendapatan mereka,” katanya. FMT

Batal kompaun pekerja, MTUC gesa ambil tindakan tegas atas kilang plastik


   Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Ditahan kerana solat Isyak berjemaah, 37 individu selawat atas trak polis


Sebaran :

Leave a Reply