Berkorbanlah untuk 2 minggu ini, tutup sektor ekonomi secara total, kata Tok Mat

Berkorbanlah untuk 2 minggu ini, tutup sektor ekonomi secara total, kata Tok Mat

Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan, berkata usaha kerajaan melandaikan lekuk jangkitan Covid-19 mungkin tidak akan berhasil jika ramai tidak sanggup berkorban selama dua minggu untuk menutup seketika sektor ekonomi.

Pada 1 Jun lalu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengumumkan 95,142 syarikat mendapat kebenaran untuk beroperasi semasa PKP penuh, menjadikan hampir 20 % syarikat berdaftar dengan Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) mendapat kelulusan.



Mohamad yang lebih dikenali sebagai Tok Mat berkata, dijangkakan jumlah itu akan bertambah yang mana secara langsung bertentangan dengan matlamat mengadakan PKP penuh.

“Semua pihak harus berkorban untuk dua minggu ini. Kita tidak akan dapat melandaikan lekuk jangkitan dengan pelbagai sektor terus beroperasi secara berpilih.

“Tindakan kerajaan terus membenarkan sektor pembuatan atau perkilangan terpilih terus beroperasi walaupun dalam keadaan terhad akan terus mendatangkan risiko jangkitan,” katanya dalam kenyataan.

Mohamad berkata, penutupan penuh sektor ekonomi dan sosial mesti berlaku secara total kecuali sektor makanan, pertanian dan kesihatan.



Katanya, ia adalah untuk mengurangkan tekanan terhadap sistem kesihatan yang sangat kritikal pada waktu ini.

“Kita telah bereksperimen dengan pelbagai SOP selama lebih setahun. Namun kes semakin meningkat dengan pelbagai ‘variant of concern’.

“Kepentingan sektor perkilangan dan pembinaan tidak lebih penting dari sektor lain yang rentan dan berisiko lumpuh sepanjang pelaksanaan perintah pergerakan terhad secara total,” katanya.

Setakat ini, sebanyak 115 kluster tempat kerja dengan 5,392 kes dilaporkan antara 12 Mei sehingga 26 Mei. Lebih separuh daripada jumlah tersebut melibatkan sektor perkilangan iaitu 62 kluster. FMT



Berkorbanlah untuk 2 minggu ini, tutup sektor ekonomi secara total, kata Tok Mat


   Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Lockdown: 14 hari saja, itu pun tak berani larang – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker