Lockdown : Tok Mat serah gaji, elaun 6 bulan bantu rakyat

 

Lockdown : Tok Mat serah gaji, elaun 6 bulan bantu rakyat

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan akan menyerahkan semua gaji dan elaunnya bagi tempoh enam bulan kepada Pusat Khidmat DUN Rantau bagi membantu penduduk yang terkesan akibat sekatan pergerakan penuh.

Mohamad berkata, beliau akan menulis surat kepada bahagian protokol kerajaan negeri bagi memaklumkan perkara berkenaan dalam tempoh terdekat.

“Saya akan serahkan semua elaun sebagai ADUN dan imbuhan lain ke akaun Pusat Khidmat Masyarakat DUN Rantau dari Jun ini hingga Disember 2021.

“Selama ini pun di pusat khidmat, kita memang ada membantu rakyat yang memerlukan dari segi keperluan, terutama mereka yang terkesan akibat pandemik COVID-19,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.

Terdahulu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun memaklumkan semua ADUN di negeri itu sudah melakukan pemotongan elaun wakil rakyat bagi disumbangkan kepada Akaun Amanah Bencana.

Langkah yang hampir sama dibuat Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman apabila menggunakan kesemua gaji bulan Jun untuk melaksanakan Pakej Bantuan Khas Muar SEJIWA khusus untuk rakyat di kawasannya.

Lockdown : Tok Mat serah gaji, elaun 6 bulan bantu rakyat


   Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET

Bukan hanya gaji, menteri patut serah elaun dan imbuhan, kata Tok Mat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker