Jangan hanya beli iPhone dari USA, kita beli vaksin pula kali ini – Najib
Jangan hanya beli iPhone dari USA, kita beli vaksin pula kali ini – Najib
Jangan hanya beli iPhone dari USA, kita beli vaksin pula kali ini – Najib bulan April lalu, saya pernah minta kerajaan untuk segera berunding dengan negara Amerika Syarikat untuk membeli stok vaksin berlebihan mereka.
Masa itu, saya lihat program vaksinasi Amerika Syarikat hampir selesai dan mereka sudah selesa bahawa bekalan vaksin sedia ada sudah cukup untuk warga mereka.
Masa itu, kadar vaksinasi mereka jatuh dari hampir 4 juta dos sehari ke sekitar 2.7 juta dos sehari.
Posting saya dua bulan lalu: https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157852657055952
Dan kadar vaksinasi USA jatuh lagi ke sekitar 1 juta dos sehari semalam walaupun mereka yang mahu menerima vaksin di USA tidak perlu lagi buat temu janji – iaitu tanda jelas bahawa jumlah bekalan stok vaksin berlebihan mereka semakin melimpah.
Pada hari Isnin, Presiden Biden umum bahawa mereka akan edar stok berlebihan sebanyak 80 juta dos (20 juta dos Pfizer/Moderna/Johnson&Johnson dan 60 juta dos Astrazeneca) mengikut kriteria yang akan ditetapkan.
Kematian baharu Covid
Dari segi kes baharu dan kematian baharu Covid, Malaysia adalah antara negara paling parah ketika ini dan telah jauh melepasi Amerika Syarikat dan India.
Sebab itu, saya percaya Malaysia layak untuk diberi prioriti apabila kriteria USA untuk pemberian vaksin diumumkan.
Semalam pula, negara Thailand umum USA sudah bersetuju untuk membantu mereka dapat vaksin walaupun keadaan Covid Thailand tidak separah kita.
Sekiranya hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat masih baik, kerajaan patut berunding dengan Amerika untuk membeli vaksin dari stok kerajaan mereka agar kadar vaksinasi Malaysia boleh dipercepatkan dan kita mencapai imuniti kelompok untuk bebas Covid secepat mungkin.
Selain negara Amerika Syarikat, negara United Kingdom juga antara negara yang dijangka akan selesai dengan program vaksinasi mereka dan akan ada stok atau tempahan berlebihan yang tidak dapat digunakan mereka.
Kita bukan mahu mereka bersedekah pada kita tapi kita mahu membeli dari mereka pada harga pasaran agar stok segera sampai ke tangan penerima.
Tak salah untuk cuba. Belum cuba, belum tahu.
Jangan hanya beli iPhone dari USA. Kita beli vaksin pula kali ini.
NAJIB RAZAK
Jangan hanya beli iPhone dari USA, kita beli vaksin pula kali ini – Najib
Baca Artikel Menarik
- Resepi Sambal Paru Padu Tahan Berbulan [VIDEO]
- “Jangan Jadi Kambing Hitam Sis..” Instagram Pengurus Media Sosial Ibu Neelofa Dihujani Komen Netizen
- Suhaimi Saad Tempelak Catriona Ross Isu Balik Kampung Ketika PKP. ” Simpan La Kau Punya B*d*h Tu..Jangan Tunjuk Sangat”
- Pertengkaran panas antara menteri tercetus selepas MITI benar 95,000 syarikat beroperasi
- Sajat berada di resort Pranburi, Thailand…
- Ahli Politik Di India Terbitkan Al-Quran Versi Sendiri, Minta Diajarkan Di Seluruh Sekolah Islam
Layari Laman Facebook MYKMU NET
KJ meroyan setiap kali saya persoal kadar vaksinasi rendah, kata Najib
You must be logged in to post a comment.