Harimau dahan tercekik berkeliaran di kawasan kampung

Harimau dahan tercekik berkeliaran di kawasan kampung

Harimau dahan tercekik berkeliaran di kawasan kampung

KITA mungkin pernah melihat bagaimana kucing tercekik kerana tidak dapat menelan sesuatu makanan yang tersangkut di kerongkongnya.

Bagaimanapun, penduduk Kampung Bukit Bertam, Selama, Perak, gempar semalam apabila ‘kucing besar’ yang mereka saksikan tercekik adalah seekor harimau dahan.



Haiwan spesies terancam itu mempunyai corak kulit yang sangat cantik tetapi dalam keadaan kurus, dipercayai kelaparan kerana mempunyai masalah untuk makan.

Kehadiran harimau yang dikenali juga sebagai harimau akar tersebut dikesan pada pukul 10.50 pagi di kawasan berhampiran kediaman penduduk tersebut yang seterusnya menghubungi Jabatan Perhilitan.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, susulan aduan diterima, sepasukan anggotanya segera ke lokasi untuk menangkap haiwan itu.

Menurutnya, harimau dari spesis Clouded Leopard itu dipercayai keluar dari kawasan Hutan Simpan Bintang Hijau untuk mencari makanan.



“Berdasarkan pemerhatian anggota, tiada sebarang kecederaan pada haiwan itu namun ia kelihatan seperti tercekik sesuatu dan cuba memuntahkannya.

“Haiwan itu berjaya ditangkap pada 11.24 pagi dan dihantar ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) di Sungkai untuk rawatan.

“Pemeriksaan lanjut akan dijalankan oleh doktor veterinar termasuk ujian air kencing dan sampel darah bagi mengesan sama ada terdapat kecederaan atau masalah kesihatan lain,” katanya ketika dihubungi Harian Metro. HM

Harimau dahan tercekik berkeliaran di kawasan kampung


   Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Setelah binatang ternak, penternak pula takut terkorban angkara ‘Pak Belang’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker