Indonesia tamatkan operasi keluarkan bangkai KRI Nanggala-402



Sebaran :

Indonesia tamatkan operasi keluarkan bangkai KRI Nanggala-402

Indonesia tamatkan operasi keluarkan bangkai KRI Nanggala-402

JAKARTA: Indonesia menamatkan operasi untuk mengeluarkan bangkai kapal selam KRI Nanggala-402 yang tenggelam di perairan Bali pada April lalu.

Lapor BBC, kapal selam itu yang membawa 53 kru dilaporkan terputus hubungan selepas meminta kebenaran untuk menyelam ketika sesi latihan torpedo.



Indonesia tamatkan operasi keluarkan bangkai KRI Nanggala-402

Kapal selam yang berusia 40 tahun itu ditemukan dalam keadaan pecah kepada tiga bahagian.

Usaha untuk mengeluarkan bangkai kapal selam pada kedalaman lebih 800 meter dilaksanakan namun operasi itu kini ditamatkan.

“Operasi itu sudah tamat,” kata jurucakap Tentera Laut Indonesia, Julius Widjojono kepada Reuters.



Tentera Indonesia Laut dalam satu kenyataan memaklumkan pasukan gabungan Indonesia- China menyelam sebanyak 20 kali untuk merakam foto dan video serta mengumpulkan bahagian kapal selam yang tenggelam.

Indonesia tamatkan operasi keluarkan bangkai KRI Nanggala-402

Setakat ini, tiada mayat kru kapal selam itu telah dibawa keluar.

Dalam pada itu, seorang ahli keluarga berharap usaha itu diteruskan agar dapat membawa keluar mayat anak kapal selam yang terkorban.



“Tidak kisah jika ia mengambil sedikit masa atau kita perlu meminta lebih banyak bantuan dari negara lain,” kata bapa kepada seorang anak kapal, Sudarmaji kepada AFP sebelum pengumuman itu.

Kapal selam buatan Jerman pada tahun 1978 itu dilaporkan tenggelam pada kedalaman 838 meter di dasar laut.

Insiden itu mengorbankan kesemua anak kapalnya.- AGENSI



Indonesia tamatkan operasi keluarkan bangkai KRI Nanggala-402


   Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


[VIDEO] Awan berbentuk kapal selam KRI Nanggala 402 buat netizen terpaku


Sebaran :


Leave a Reply